Setiap negara mempunyai sejarah dan identiti tersendiri

Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan prihatin, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memahami sejarah dan identiti negara dan bersama-sama mendaulatkannya.

Malaysia ialah sebuah negara yang harmoni, berbilang bangsa dan agama malah semua rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing dengan semangat;

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1).

Namun, mutakhir ini, terdapat banyak isu yang mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia serta mencabar status negara Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

Muncul golongan-golongan LGBT yang semakin lantang bersuara, ahli-ahli politik yang berkepentingan peribadi menyatakan bahawa ialah sebuah negara sekular, rakyat umum yang menghina YDPA selaku Ketua Agama Islam negara, bangunan dengan lambang salib sebesar alam dan banyak lagi.

Lebih menyedihkan lagi, pemimpin-pemimpin islam lebih leka dalam perebutan kuasa, bersifat rahmah dengan kemungkaran atas tiket ‘rahmatan lil ‘alamin’ yang disalahtafsir dan sebagainya.

Maka, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, adalah penting untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkenaan sejarah dan identiti negara sebagai sebuah Negara Islam.

Sebagai permulaan, saya syorkan rakan-rakan untuk membaca buku ‘Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan’ karya Prof. Dr. Shamrahayu A. Aziz, terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Buku komprehensif ini mengulas empat bab dalam 102 muka surat iaitu:

Bab 1 – Sejarah Agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia;

Bab 2 – Islam Agama bagi Persekutuan dan Implikasinya;

Bab 3 – Peruntukan Lain Mengenai Islam dalam Perlembagaan; dan

Bab 4 – Isu-isu Berkaitan Kedudukan Agama Islam.

Buku yang perlu dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia ini berharga RM 35.00 sahaja, serta dilengkapi dengan CD dalam bentuk penerangan audio.

Selain daripada Perkara 3, terdapat banyak lagi peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mendokong islam sebagai agama negara seperti Perkara 11(4), 12(2), 150(6A), 160(2) dan 121 dan 5.

Ingat, setiap negara mempunyai sejarah dan identiti tersendiri, dan sebagai rakyat Malaysia, kitalah pendokong kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia bukan negara sekular, bukan pula sekadar negara rahmah, tetapi Malaysia ialah sebuah Negara Islam.

Tandatangan petisyen Malaysia Negara Islam tanda sokongan:

http://bit.ly/malaysianegaraislam

#MalaysiaNegaraIslam

Amirul Eqhwan Rahim

Aktivis Isma Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *