Simposium Fiqh Perubatan medan perkongsian bagi pengamal perubatan

dd

Presiden I-Medik Malaysia Prof Dr Azmi Md Nor dan Pengerusi I-Medik Pahang Dr Mohamad Nasiruddin Johari ketika ditemui wartawan

KUANTAN, 20 Mac – “Simposium Fiqh Perubatan adalah sebagai platform kepada warga pengamal perubatan untuk berkumpul, saling berkongsi ilmu dan pendapat mengenai amalan perubatan,” ujar Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Pahang Dr Mohamad Nasiruddin Johari kepada wartawan di Simposium Fiqh Perubatan di UIAM Kuantan baru-baru ini.

Jelas beliau, simposium ini juga menyelaraskan pendapat mengenai bidang perubatan yang bercabang di luar sana dengan mengambil sudut pandang dari pakar terkini.

“Warga perubatan seharusnya duduk berbincang dalam program-program seperti ini bagi menyelesaikan dilema yang sering dihadapi oleh pengamal perubatan seperti isu ubat-ubatan dan status halal, euthanasia, kematian otak serta urusan pendermaan organ,” kata beliau.

Menurut Presiden I-Medik Malaysia Profesor Dr. Azmi Md Nor, perkembangan teknologi dan peralatan perubatan masa kini telah jauh merentasi kehidupan masyarakat yang menuntut pakar perubatan Islam untuk mendalami secara terperinci agar selari dengan sudut pandang Islam.

“Kita juga berharap agar kebajikan warga perubatan dapat dijaga dan dipantau dari sudut pekembangan ilmunya tentang fiqh perubatan dan akhirnya dapat menyalurkan kepakaran kepada masyarakat melalui program-program kesihatan yang bakal disusun nanti,” ujar beliau lagi.

Simposium Fiqh Perubatan (SFP) kali ke-2 anjuran  I-Medik Pahang yang telah dihadiri sekitar 700 peserta dari kalangan pengamal perubatan di negeri ini telah menfokuskan peranan dan cabaran pengamal perubatan serta kesihatan muslim pada masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *