Skuad Kijang julang Piala Presiden Isma Zon Pantai Timur

KUALA TERENGGANU, 27 April,  – Pasukan Isma Kota Bharu muncul juara sulung di Kejohanan Piala Presiden Isma Zon Pantai Timur 2019 dengan jaringan penalti 3-2 mengalahkan pasukan Isma Kemaman di sini, hari ini.

Isma Kota Bharu  sebelum ini seri dengan Isma Kemaman pada perlawanan peringkat kumpulan semalam dengan jaringan gol sebanyak 1-1.

Isma Kota Bharu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 bersama piala pusingan manakala naib juara membawa pulang wang tunai bernilai RM300.

Walaupun tewas dalam perlawanan pertama kumpulan kepada pasukan ATFC, Isma Kota Bharu bangkit untuk mencatat keputusan seri dengan Isma Kemaman sebelum membenam Isma Pekan dengan jaringan 2-0. Dalam aksi separuh akhir Isma Kota Bharu menyekat cabaran Isma Kuantan dengan keputusan 1-0.

Menurut ketua pasukan Isma Kota Bharu Muhammad Hakim bi Che Mazhar, “Latihan dan persiapan rapi sejak tahun lepas (2018) menjadi kunci kejayaan pasukan kami.”

Sebanyak tujuh pasukan bertanding dalam edisi kali ini dan lebih unik lagi, kempen Malaysia Negara Islam juga di buat dengan kesemua pemain dan para pegawai pasukan menurunkan tandantangan menyokong kempen tessebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *