Slot Motivasi The Finale ARK beri impak pada peserta

oleh Noradlina Zkeri

KUALA KUBU BARU, 30 Nov – Slot Motivasi “High Impact” beri impak kepada para peserta The Finale, Akademi Remaja KRIM anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM Nasional). 

Slot ini telah menggandingkan dua tokoh penceramah Motivasi yang amat dikenali iaitu, Cikgu Asmadi Abd Samad, Pengarah Kelab KRIM Nasional dan juga Ustaz Adnin bin Roslan, Penulis Tarbiyah Sentap.

Bicara santai ini telah memberi impak kepada para peserta.

“Walaupun kita masih muda, namun tenaga dan masa kita perlu diberikan kepada Islam. Jika Sultan Muhammad al-Fateh boleh menakluki kota Constantinople pada usia muda, iaitu dalam umur 20 tahun, kita (merujuk kepada para peserta) juga mampu, ” ujar  Muhammad Ihsan.

Dalam slot ini juga, penyanyi Tarbiah Sentap iaitu Areef serta Hafiz turut dijemput untuk berkongsi pengalam mereka dalam berubah menjadi insan yang lebih bermanfaat buat agama dan bangsa.

“Tarbiyah boleh merubah seseorang daripda tiada apa-apa menjadi orang yang hebat. Anda (para peserta) juga boleh berubah menjadi orang yang sangat hebat di mata dunia”, ujar Areef dalam menyampaikan ayat terakhirnya buat para peserta.

Ustaz Adnin Roslan juga turut menyatakan perkara yang sama.

“Kadang-kadang manusia yang pernah menjadi sejahat-jahat manusia mampu berubah mencipta masa depan yang cerah. Semuanya bermula dengan tarbiyah,” kata pemilik Tarbiah Sentap. 

Akhir sekali, Cikgu Asmadi menyeru para peserta untuk mula membina cita. Kata beliau,

” Tiada kepuasan selain daripada bila adik mendapat satu keazaman dan kejar cita-cita tersebut dengan bersungguh-sungguh.

“Memetik daripada pepatah Arab, ‘Barangsiapa yang ada cita-cita, akan diberi cita-cita tersebut kepadanya,” ujarnya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *