Sokongan kepada bapa Adib untuk membawa Tommy Thomas ke muka pengadilan

1. Kita menyokong sepenuhnya tindakan bapa Allahyarham Adib untuk membawa Tommy Thomas ke muka pengadilan atas tindakan-tindakan tidak profesional beliau yang dilihat melanggar prosiding mahkamah.

2. Kita bimbang tindakan Tommy Thomas itu akan memberi kesan kepada keputusan inkues dan menghalang keadilan yang sepatutnya ditegakkan buat Allahyarham dan pihak keluarga.

3. Kes ini merupakan kes berprofil tinggi dan menjadi isu nasional. Maka, Peguam Negara tidak sepatutnya ada keberanian untuk campur tangan.

4. Tindakan keluarga Adib ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa terdapat ketidak puashatian terhadap perjalanan inkues yang dilihat telah diganggu oleh Peguam Negara.

5. Moga dengan usaha oleh bapa Allahyarham Adib ini dapat memberikan impak dalam mencapai keadilan seterusnya mengheret semua pesalah yang terlibat mahupun yang berkomplot.

#Justice4Adib
Petisyen: bit.ly/TommyThomasUndur

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi UMMAH
17 Julai 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *