Sorotan aktiviti Isma Shah Alam bulan April 2019

Pineapple FT ungguli KASRIM 2019

KASRIM yang merupakan aktiviti tahunan anjuran Kelab Remaja Isma Shah Alam berlangsung meriah dengan penyertaan 12 pasukan sekitar Shah Alam.

Kejohanan yang menitik beratkan nilai Islami iaitu menutup aurat dan zon larangan merokok di harapkan dapat mendidik para remaja untuk membina jaiti diri masing-masing dalam menongkah arus liberalisasi.

KASRIM tahun ini di menangi oleh pasukan Pineapple FT daripada Klang yang menumpaskan pasukan Barokah FT di pentas akhir dengan keputusan 5-2.

Wanita Bijak Cinta Diri Sendiri

Satu lagi program anjuran Kelab Remaja Isma Shah Alam bulan ini ialah Gadis High Class yang berlangsung di SMI Manarat Darus Salim.

Kehadiran selebriti instagram Nur Zahirah Zamree menarik penyertaan yang memberangsangkan daripada pelajar sekolah tersebut.

Antara pesanan Dr Nadiah Norudin yang merupakan penceramah program tersebut, “Katakan pada diri perkara yang positif, lihat cermin dan katakan, saya sayang diri saya. Terapkan cinta diri dalam diri kita sendiri,”

Imej bukan sekadar fesyen

“Islam datang untuk memuliakan wanita dengan adanya kewajipan menutup aurat. Syariat penutupan aurat ini juga menghindarkan wanita daripada fitnah dan gangguan jahat”, kata Ustazah Wirdaningsih, Ketua Wanita Isma Shah Alam.

Ungkapan pembukaan bagi program Secangkir Teh, Seuntai Kasih anjuran Biro Wanita Isma Shah Alam. Program yang berlangsung di Butik Rina Salleh turut mengajak para Muslimah memastikan segala urusan kehidupan berlandaskan syariah dan jauh daripada unsur-unsur syubhah termasuklah dalam memilih produk untuk di niagakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *