Sorotan aktiviti Isma Shah Alam bulan Mac 2019

Kempen Malaysia Negara Islam

Kempen yang di jalankan di peringkat nasional ini telah di sambut baik oleh masyarakat di sekitar Shah Alam apabila lebih 20,000 tandatangan berjaya di kumpul dalam masa sebulan. Kempen yang di jalankan melalui gerak kerja kafilah dakwah dan reruai yang di buka di tempat tumpuan seperti masjid, surau, pasar tani dan tempat rekreasi sekitar Shah Alam di sambut oleh masyarakat setempat.

“Bagus kempen yang di jalankan ini,” ujar Encik Adnan sambil mengedarkan buku petisyen kepada anak-anak dan menantu beliau.

“Kenapa adik tidak boleh tandatangan?” tanya seorang adik berusia  tahun.

“Jom tandatangan, kita kan orang Islam” seru seorang pemuda kepada kawan-kawannya yang lain.

Itu antara sokongan yang di zahirkan oleh masyarakat Shah Alam. Kempen ini akan di teruskan sehingga awal Mei sebelum kemuncak kepada kempen ialah penyerahan sejuta tandatangan kepada Yang Di Pertuan Agong.

 

Kerana Aku Isteri Dia (KAID)

Seruan perjuangan bermula daripada rumah oleh Ketua Wanita Isma menjadi asas pelaksanaan program Kerana Aku Isteri Dia yang di anjurkan oleh Biro Wanita Isma Shah Alam. Program khas kepada ahli-ahli Isma yang sudah berumah tangga ini memberi fokus kepada peningkatan kemahiran rumah tangga kepada para isteri.

Sesi pertama KAID tahun ini memberi pendedahan kepada dua kemahiran baru buat para isteri iaitu kemahiran asas menjahit dan asas urutan bahu dan kepala.

Walaupun perkara asas, namun ramai peserta yang tidak mempunyai kemahiran tersebut dan berasa beruntung kerana Biro Wanita menganjurkan program tersebut.

Liga Komuniti Isma

Sebanyak lima pasukan bertanding dalam Liga Komuniti Isma anjuran bersama Isma Shah Alam, Pemuda Isma Shah Alam dan Kelab Bolasepak Isma. Liga yang memasuki musim ketiga sejak di lancarkan pada Februari 2018 mempunyai satu peraturan unik berbanding liga sosial yang lain iaitu para pemain beragama Islam wajib menutup aurat.

“Kita cuba menerapkan satu nilai yang baik kepada para pemain. Kita ingin beri kesedaran bahawa sebagai seorang Muslim, kita wajib menutup aurat walaupun untuk bersukan dan ternyata semua pasukan menyambut baik kempen ini,” ujar penasihat teknikal liga, Encik Mohd Hazwan Ab Halim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *