STRES TEMPAT KERJA MENGGANGGU KESUBURAN WANITA

Oleh: Siti Radhiah Syahida Binti Mohd Hamdan

PUTRAJAYA, 1 September 2018 – “Kadar bebanan di tempat kerja yang meningkat secara tidak langsung menjadi punca ketidaksuburan dalam kalangan wanita.”

Berkata Dr Murizah Mohd Zain yang merupakan Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi (O&G) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Beliau yang ditemui di Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) berkata bebanan di tempat kerja yang berlebihan telah memberi tekanan kepada wanita dan secara tidak langsung memberi kesan di dalam hubungan suami isteri.

Tambahnya lagi, tekanan yang melampau juga boleh mempengaruhi kitaran haidh sesetengah wanita disebabkan oleh perubahan hormon semasa proses ovulasi.

Justeru, para wanita dinasihatkan agar menguruskan tekanan dengan baik agar kesihatan emosi sentiasa berada dalam keadaan stabil.

Pasangan muda juga disarankan agar mendapatkan rawatan jika sukar mendapat anak dalam tempoh melebihi setahun agar proses rawatan lebih cepat dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *