Sumbangan Bakul Ramadan Isma KL

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Sebanyak 50 buah Bakul Ramadhan telah diserahkan oleh  Biro Dakwah Isma Kuala Lumpur kepada 50 keluarga yang kurang berkemampuan dengan kerjasama pihak Masjid Al Imam Al Tirmizi Seri Sentosa, Kuala Lumpur.

Bakul Ramadan tersebut adalah hasil sumbangan orang awam melalui Projek Bakul Ramadan 2017 yang dilancarkan sejak awal Ramadan bagi menampung keperluan harian mereka untuk manjalani ibadah puasa.

 Projek Bakul Ramadhan ini telah menjadi acara tradisi tahunan Isma KL dengan tujuan untuk bersama-sama membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan bagi meraikan Ramadan tanpa kegusaran.

 Pada tahun ini, penyerahan sumbangan Bakul Ramadhan telah diadakan di Masjid Al Imam Al Tirmizi bermula pada 4.30 petang dan telah dirasmikan oleh wakil masjid, Encik Hassan Bin Mad Rawi.

Majlis tersebut juga telah diisi dengan tazkirah dari Ustaz Hazrin berkenaan dengan Lailatul Qadr dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama masyarakat.

Diharapkan dengan projek tahunan Bakul Ramadan ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, malah Isma KL dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *