Tabiat budak darjah satu dan iktibar kepada penguasa

Anda mahu tahu sesuatu? Terdapat segelintir murid tahun 1 yang ada tabiat yang menjijikkan. Segelintir, maksudnya sedikit. Tak semua dan tak ramai. Minoriti.

Apa benda tabiatnya itu?

Mereka ni suka korek-korek hidung dan kemudian makan tahi hidung tersebut. Ya kawan, ini betul-betul betul. Memang ada kena mengena dengan yang hidup.

Awal -awal masuk sekolah memang ini antara perkara yang saya dan rakan-rakan guru selalu perhatikan. Dan kebiasaannya setelah melalui 3 ke 4 bulan berada di sekolah tingkahlaku ini akan berjaya dipupuskan.

Itupun setelah beberapa kali di tegur dan ada dikalangan mereka yang terpaksa kami gunakan amaran yang amat tegas supaya mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Apabila ditanya mengapa, mereka hanya tersengih-sengih sahaja. Namun ada juga yang mengangguk-angguk bila ditanya sedapkah makan tahi hidung itu.

Ada juga yang sedih dan menangis bila ditegur. Meskipun teguran tersebut diberikan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan rakan-rakan mereka yang lain.

Seriuskah perkara ini?

Para guru mengambil serius perkara ini. Walaupun ada ura-ura yang mengatakan bahawa perbuatan itu boleh meningkatkan imunisasi badan.

Ura-ura! Mudaratnya lebih jelas.

Menjadi tanggungjawab guru sebagai pendidik yang mempunyai akal dan ilmu untuk menegur dan memperbaiki tingkah laku dan perangai yang bukan-bukan ini.

Membiarkan mereka terus hidup dengan tingkah laku dan perbuatan yang mendatangkan mudarat kepada diri sendiri bukanlah suatu rahmat. Bahkan itu kezaliman dan penganiayaan yang besar kepada anak-anak ini.

Mujur setakat hari ini belum ada anak-anak yang makan tahi hidung ni buat persatuan dan menuntut hak mereka untuk makan tahi hidung

Dan saya menulis kisah ini kerana ‘negara kecil’ iaitu sekolah ini telah memberikan cerminan kepada apa yang berlaku di dalam negara besar yang sebenar.

Harus ada watak ‘pendidik’ dalam diri penguasa yang memastikan ‘anak muridnya’ daripada kalangan rakyat jelata tidak tenggelam dalam bahana arak dan pesta gay. Jika tidak itulah erti zalim dan aniaya pemerintah kepada rakyat.

IMG_20170512_203642

Asmadi Abdul Samad
Timbalan Ketua Pemuda Isma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *