Tahniah buat Adik Jad Haris & Adik Najmi Asyraaf: i-Guru Sarawak

 

SARAWAK, 3 Mei – Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-GURU) mengucapkan sekalung tahniah buat Adik Jad Haris Sabarudin, 12, dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching, dan Adik Najmi Asyraaf Abdul Halim, 10, dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching, yang telah memenangi pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia (WMC) Ke-14 di Manila, Filipina pada 22 hingga 23 April lalu.

Kejayaan dua murid dari Sarawak ini membuktikan institusi tahfiz atau sekolah aliran agama tidak mengabaikan ilmu fardhu kifayah seperti Matematik.

Malah ilmu hisab (Matematik) ini merupakan ilmu yang sangat penting dalam pembinaan sebuah tamadun.

Semoga lebih ramai lagi anak-anak bangsa kita yang berjaya dalam pelbagai cabang ilmu  dan berbakti kepada keluarga, negara, agama dan bangsa. Syabas dan tahniah!

 

 

 

 

 

 

 

 

Cikgu Abdul Gafar Mahdi
Yang Dipertua, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-GURU)
Cawangan Sarawak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *