Tarbiyah melahirkan golongan teras dakwah (qaedah sulbah)

Mohd Firdaus Sabturani ISMA Seremban
NILAI, 28 Mac – Matlamat tarbiyyah adalah melahirkan mukmin yang hanya mengimpikan syurga dalam jiwa mereka tanpa berbelah bahagi.

Demikian ujar aktivis ISMA Seremban Saudara Mohd Firdaus Sabturani ketika menyampaikan pengisian dalam satu daurah khas di Nilai baru-baru ini.

Mukmin seperti ini akan sentisa mewakafkan diri sepenuhnya kepada Allah taala dan sentiasa bersedia menanggung segala beban dalam mencapai matlamat tabiyyah.

Menurut beliau, golongan seperti ini dianggap sebagai teras perjuangan. Dalam fiqh dakwah, golongan ini disebut Qaedah Sulbah.

Kewujudan anggota teras dalam perjuangan dakwah ini amat penting dalam menjaga masyarakat Islam daripada tergelincir dari landasan Islam yang sebenar. Anggota teras juga merupakan modal bagi kekuatan mengembangkan dakwah.

Oleh itu, agenda utama perjuangan dakwah adalah membina anggota teras yang sanggup mewakafkan dirinya kepada Allah taala.

Perkara ini dapat dilihat dalam sirah dakwah Rasulullah SAW. Pada peringkat awal dakwah Rasulullah SAW, baginda mengfokuskan dakwahnya untuk melahirkan penggerak-pengerak dakwah yang kita panggil sebagai “anggota teras”.

Pada zaman dakwah Rasulullah di Kota Mekah, semua para sahabat yang memeluk Islam pada zaman itu merupakan anggota teras yang kuat. Mereka semua adalah mukmin yang mewakafkan diri kepada Allah dan sanggup menanggung tekanan serta siksaan daripada pihak Quraisy.

Pada kesimpulan pengisian, saudara Firdaus memetik kata-kata daripada Syed Qutb “Allah yang jamin segalanya utk dakwah.

Ketika Allah mahu jemaah ini bergerak dengan betul, Allah akan bagi ujian yang besar, kemudian Allah akan lambatkan kemenangan, kemudian Allah akan sikitkan bilangan, kemudian Allah akan lambatkan penerimaan orang, sehingga terbukti mereka sabar, thabat dan bersedia, sehingga mereka layak menjadi Qaedah Sulbah(anggota teras), kemudian mereka akan bergerak ke hadapan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *