Tarbiyah paksi utama gerakan Islam

tarbiyahkuantan4
KUANTAN, 6 Jan. – 
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kuantan, Ustaz Rushdan Abdul Halim, menegaskan bahawa tarbiyah merupakan paksi utama bagi sesebuah gerakan Islam kerana tanpa tarbiyah gerakan tersebut tidak akan berjaya serta akan berlaku penyelewengan.

Demikian kenyataan beliau ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis perhimpunan ahli ISMA Kuantan di sini semalam.

Menurut beliau, setiap ahli perlu ada kesedaran untuk merancang amal dakwah dengan baik supaya agenda yang ingin dibawa tidak dikalahkan oleh musuh-musuh Islam yang semakin berani menonjolkan diri pada masa sekarang.

“Kita juga harus yakini fikrah yang kita sedang bawa kepada masyarakat ketika ini adalah solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan umat Melayu dan Islam.

“Oleh kerana itu setiap ahli perlu ambil tanggungjawab untuk bersama-sama berkongsi dan menyampaikan dakwah ISMA kepada masyarakat Islam khususnya,” sambung beliau.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 orang pimpinan ISMA Cawangan Kuantan.

tarbiyahkuantan3