‘Tautan Kasih Gelandangan’ semai sifat suka membantu

Tautan Kasih Gelandangan

Oleh: Muhammad Rusydi Muhammad Razif

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Program ‘Tautan Kasih Gelandangan’ yang berlangsung di sekitar Dataran Bandaraya Johor Bahru baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada sukarelawan yang terdiri daripada remaja dan belia sekitar Johor Bahru.

Seramai lebih 60 orang peseta yang mengikuti program tersebut, bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil bagi mengedarkan juadah sahur dan iftar terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Menurut pengarah program,En.Mohd Khairul Nordin, aktiviti yang dijalankan itu secara tidak langsung dapat menyuburkan budaya suka membantu dalam kalangan masyarakat disamping mendapat pahala berganda di bulan Ramadan.

Pogram yang digerakkan oleh Pemuda Isma Johor tersebut turut mendapat kerjasama yang baik daripada Kelab Remaja Isma (Krim) Johor, Wanita Isma, Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) dan Majlis Belia Johor Bahru.

Tambah Pengarah Akademi Remaja Krim (ARK) Johor, En Ahmad Nor Mupangat, remaja-remaja yang menyertai aktiviti ini ditekankan aspek sahsiah dan khidmat bakti remaja kepada masyarakat.

“Kita ingin pupuk sifat kasih sayang sesama Muslim dan keinsafan serta rasa bersyukur dengan apa yang ada.

“Kita harapkan agar suatu hari nanti remaja-remaja ni akan terpupuk dengan sifat-sifat soleh dan terhindar daripada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah,” ujarnya.

Turut hadir menjayakan program ialah Pengarah Krim Johor, En. Muzhaffar Mohd Zaki, Ketua Wanita Isma Johor, Pn. Azizah Che Awang, Penolong Operasi Yadim, En. Mohamad Shahrizan Misban, Ketua Biro Dakwah Isma Johor, Tn. Hj Bariman Yasimin.

Tautan Kasih Gelandangan 3 Tautan Kasih Gelandangan 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *