Tea Talk For Ladies himpun Wanita Isma KB

KOTA BHARU 22 Julai – Program Tea Talk for Ladies pertama kali diadakan anjuran Wanita Isma Kota Bharu meriah dengan kehadiran kira-kira 50 orang ahli Wanita Isma Kota Bharu dan ahli Isma yang baru menamatkan pengajian di luar negara.


Pengarah program merangkap ahli Jawatankuasa Wanita Isma Cawangan Kota Bharu, Ustazah Asfihani Mat Zain berkata, majlis itu adalah inisiatif untuk menyatukan ahli yang masih belajar atau baru sahaja tamat belajar dengan ahli-ahli Wanita Isma yang lain.

Majlis dimulakan dengan sesi taaruf atau sesi pengenalan diri dan seterusnya sesi perkongsian santai daripada ahli Jawatankuasa Wanita Cawangan Isma Kota Bharu, Dr Izyan Shazwani Khairuddin.


“Kita harus memainkan peranan mengikut potensi yang ada di dalam diri masing-masing kerana setiap manusia adalah khalifatullah iaitu khalifah Allah walaupun kita berbeza latar belakang,” ujar Dr Izyan.

“Kita juga jadikan majlis pertemuan ini sebagai wadah untuk berkongsi, bertukar-tukar pandangan dan hebahan program dan aktiviti yang kita sediakan,” katanya lagi.

Ustazah Asfihani juga turut menyeru semua hadirin agar sentiasa berusaha untuk memanfaatkan masa, harta dan jiwa ke arah jalan kebaikan sebagaimana firman Allah dalam surah at-Taubah, ayat 111.


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”.

Dalam majlis yang berakhir pada pukul 5 petang itu juga, hadirin turut diraikan dengan jamuan makan serta sesi cabutan bertuah oleh pihak penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *