Tekanan boleh beri impak positif kepada guru

IMG-20140316-WA0012 (2)

Ipoh, 16 Mac:  “ Tekanan kadang-kadang boleh memberikan impak postif dalam kehidupan manusia.” Demikian ujar Cikgu Zulkifli Yahya, Ketua Nazir Cawangan Taiping semasa seminar Smart Guru di Akademi Ikatan Muslimin Malaysia semalam.

Menurut beliau lagi, tekanan boleh membuatkan seseorang bekerja keras, kreatif, yakin diri, berdisiplin sekaligus membina peribadi yang lebih mantap.

Memang tidak dapat dinafikan, tanggungjawab besar yang digalas setiap guru dan cabaran dalam mendidik anak bangsa pada hari ini secara tidak langsung memberikan tekanan yang bukan sedikit.

Dalam seminar tersebut Cikgu Zulkifli Yahya menerangkan lebih lanjut kepada guru-guru bagaimana mengurus stress mengikut pandangan Islam, bagaimana menghadapi stress supaya tidak mencarikkan kebahagian hidup dan apakah akibat jika stress tidak diatasi dengan baik.

Sebagai penutup, Cikgu Zulkifli Yahya mengingatkan agar setiap guru perlu memahami dengan jelas tujuan dan peranan masing-masing dalam mengumpul para pelajar dan menjadikan dunia pendidikan sebagai medan dakwah.

Wartawan Media ISMA Ipoh
Maizatul Akma Maarif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *