Tiada istilah berlepas diri setelah infak harta

Oleh: Roszida Kamaruddin

AYER KEROH, 26 Feb – “Kefahaman bahawa mereka yang telah menginfakkan harta boleh melepaskan tanggungjawab berdakwah kepada orang lain adalah satu kefahaman yang menyeleweng bagi anggota harakah Islam.”

Demikian ujar Naib Presiden ISMA, Ustaz Fauzi bin Asmuni dalam ucapan pembukaan beliau di Mesyuarat Agung Dwitahunan Isma Melaka, baru-baru ini.

Ustadz Fauzi Asmuni menyampaikan amanat kepada ahli Isma bersempena mesyuarat agung dwi-tahunan Isma Melaka baru-baru ini.

Mesyuarat Agung yang dijalankan di Ayer Keroh Country Resort itu dihadiri oleh ahli Isma melaka dari seluruh pelosok negeri bagi melantik barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2017/2019.

Pada kesempatan tersebut, Ustaz Muhammad Fauzi mengingatkan ahli Isma agar meningkatkan amal dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat perkembangan dakwah Islam di Melaka.

“Kemampuan untuk berkorban dan beramal dalam medan yang semakin berat ini harus dibina dan dilatih. Allah hanya berikan kemenangan setelah penat bekerja.

“Anggota gerakan Islam mestilah membina diri dan keluarga menjadi semakin lasak dan tahan tekanan, bukan semakin selesa. Didik diri untuk hidup secukupnya sahaja,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *