Tuah pelajar lepasan SPM di KLS Terengganu

KLS

CHUKAI, 8 Feb. – “Pelajar lepasan SPM 2013 di Terengganu yang menyertai Karnival Lepasan Sekolah (KLS) anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) hari ini sangat bertuah kerana mendapat pendedahan panduan halatuju pendidikan dan pilihan kerjaya yang sesuai untuk dipilih selepas tamat dunia persekolahan,” tegas Encik Mohd Nizam bin Abdul Rahman, Pengarah KLS 2014.

Ujar beliau lagi, “KLS 2014 kali ini berjaya mengumpulkan ratusan peserta dari seluruh Terengganu dengan menemukan mereka dengan profesional daripada pelbagai bidang termasuk sektor perniagaan, sektor kesihatan, sektor kejuruteraan dan sektor pendidikan”.

“Pada masa yang sama, KLS 2014 dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah turut mengadakan slot panduan kehidupan di IPT dalam bentuk perbincangan santai sebagai panduan kepada para peserta”, ulas Encik Nizam.

Karnival sehari suntuk yang diadakan di dewan seminar Majlis Perbandaran Kemaman ini juga turut mendapat reaksi positif daripada peserta yang hadir.

“KLS 2014 sangat bagus kerana dapat membantu saya membuat pilihan tentang masa depan pendidikan dan kerjaya melalui maklumat terperinci yang disampaikan”, jelas Nur Athirah binti Ahmad Suria, 18, dari Kemaman.

Manakala Mohd Nor Salman bin Adenan, 18, dari Kuala Terengganu menyatakan KLS kali ini sangat bermanfaat kerana beliau mendapat banyak maklumat tentang pilihan kerjaya yang ada dan turut mendapat panduan kecenderungan diri untuk memudahkan beliau membuat pilihan.

Harapan Encik Nizam agar KLS pada masa depan akan mendapat sambutan yang lebih meriah dan para peserta KLS kali ini meneruskan komunikasi melalui program-program lepasan sekolah yang telah diaturkan oleh KRIM dan PEMBINA.

Individu yang berminat untuk menyertai program anjuran KRIM di Kemaman boleh menghubungi talian hotline Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman 018-966 1500 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *