Tukar cita-cita kerana OSC!

photo_2016-02-25_15-05-50   Oleh Nur Farhana Zali

ALOR GAJAH, 29 Feb – “Mula-mula saya rasa ragu untuk sertai OSC tapi lepas hadir program ini saya rasa seronok sebab ada guide untuk pilih bidang apa yang sesuai. Kami ini ada matlamat hendak dicapai sebenarnya, tapi tiada orang yang mahu tunjuk jalan yang betul,” kata Nurul Insyirah Razali, bekas pelajar Sekolah Infant Jesus Convent dengan senyuman puas.

“Mula-mula saya hendak jadi jurutera, tapi lepas buat ujian personaliti saya berminat untuk menjadi usahawan yang berjaya pula. Hasil ujian personaliti yang saya dapat berbeza dengan apa yang saya minat sebelum ini. Mungkin saya boleh cuba untuk meneroka bidang usahawan. Bagi saya kalau kita minat sekalipun sesuatu bidang itu, tapi jiwa kita tidak sesuai akan menggagalkan masa hadapan,” ujarnya lagi ketika program One Step Closer (OSC) Melaka baru-baru ini di Kem Rakan Muda Alor Gajah, Melaka.

Program kerjasama antara Kelab Remaja Isma (KRIM) Melaka dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka ini bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada pelajar lepasan sekolah untuk memilih bidang dan tempat pengajian yang sesuai.

Para peserta telah didedahkan dengan pemilihan kursus yang sesuai mengikuti personaliti masing-masing dan pencerahan tentang hala tuju setelah menjadi mahasiswa nanti.

Rata-rata daripada kalangan peserta bersemangat untuk belajar di luar negara selepas mendengar perkongsian pengalaman daripada Encik Azrul Nizam bin Md Yusof, Ketua Biro Luar Negara cawangan Melaka yang merupakan graduan daripada University of Sydney, Australia.

Selain itu, Mock Interview sangat membuka mata para peserta tentang kepentingan persediaan sebelum hadir dan semasa temuduga.

photo_2016-02-25_15-08-48

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *