Tunas Idea eratkan ukhwah sesama NGO di Johor

Oleh Farizatul Azimah Abdul Kahar

JOHOR BAHRU, 27 OGOS – Program Tunas Idea anjuran Pertubuhan Ihsan Johor telah memberikan peluang keemasan kepada wakil Wanita Ikatan Muslimin Malaysia(Isma) Cawangan Johor membina jaringan dengan badan-badan lain yang turut hadir iaitu, Johor Student Leaders Council (JSLC), Yayasan Ikhlas, Mahasiswa Anak Kulai (MAKU) dan We Love Charity (WLC).

Program yang diadakan di Markas Ihsan Johor ini telah memberi peluang wakil-wakil NGO berkongsi     idea disamping mengeratkan ukhwah sesama NGO di Johor.

Pertemuan singkat ini berjaya mengumpulkan 14 sukarelawan yang bergerak aktif di sekitar Johor untuk berkongsi pengalaman, idea dan menjalinkan kerjasama di dalam program- program yang dirancang.

Kehadiran Isma disambut baik bagi mengisi kelompongan masyarakat terhadap pengisian spiritual dalam aktiviti kesukarelawanan yang akan dirangka.

Agensi-agensi Isma yang lain seperti I-medik dan i-Guru juga dilihat sebagai potensi besar untuk menyumbang kepada program kemasyarakatan yang akan dianjurkan kelak.

Diharapkan hubungan yang dijalin ini dapat memperkasakan aktiviti kesukarelawanan di bumi Johor dan meramaikan golongan yang bersedia menyumbang masa dan tenaga terutamanya di kalangan golongan pemuda-pemudi beragama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *