Ucapan Dasar Mesyuarat Agung Ke-15 – Bersedia Menghadapi Cabaran (Bahagian 1/2)

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين، أما بعد

Saudara Pengerusi Majlis,

  1. Yang dialu-alukan kepimpinan ISMA di semua peringkat, sidang perwakilan, para tetamu kehormat, Datuk-datuk, Datin-datin, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  1. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan ISMA di semua peringkat sama ada peringkat pusat mahupun peringkat cawangan, ketua-ketua biro dan agensi serta setiap dari ikhwah dan akhawat yang bersama-sama mencurahkan bakti dan pengorbanan serta menginfakkan harta, masa dan tenaga yang tidak terkira dalam menjayakan projek-projek dan agenda dakwah kita bersama sehingga ianya gah berdiri pada hari ini.
  2. Hanya mereka yang berasa bangga dengan pengorbanan dan mulia dengan intima’ dan kesatuan akan bersama-sama dengan dakwah ini. Perasaan inilah yang telah menjadi sumber kekuatan setiap perajurit dakwah dalam penggabungan diri mereka kepada jamaah di sepanjang perjuangannya.

Firman Allah SWT:

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (an-Nisa: Ayat 139)

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. (Faatir: Ayat 10)

  1. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah SWT atas izinNya, kini ISMA telah mencecah usia 20 tahun penubuhannya. Kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku dan melalui pelbagai pengalaman yang telah memberikan kita kematangan dalam mengemudi bahtera dakwah ini.
  2. ISMA kini mewakili sebuah gerakan dakwah yang matang dapat menyelami isu dan menyingkap sejarah, terdedah kepada pengalaman tempatan dan juga antarabangsa dan dalam pada masa yang sama mendokong agenda bangsa dan perjuangannya yang penuh berliku. Kita bersama-sama dengan jatuh bangun gerakan Islam dalam perjalanan mendokong projek (agenda) Islam yang amat panjang.
  3. ISMA adalah satu gagasan yang lahir dari rahim umat ini, mewarisi perjuangan bangsa serta menjunjung hasrat dan cita-cita perjuangan mereka. Kita akan terus mengenang jasa-jasa mereka dan berikrar untuk menyambung risalah perjuangan mereka yang telah menghadapi penjajahan selama lebih 460 tahun.
  4. ISMA merangkul setiap pesanan dan inspirasi yang luhur serta membenarkan sumpah perjuangan generasi terdahulu.
  5. Dari pentas yang mulia ini, saya ingin menzahirkan rasa kecewa dan sedih atas apa yang menimpa bangsa ini. Betapa perjuangan mereka ini telah dikhianati. Setelah hampir 60 tahun merdeka, namun hasrat membangun sebagai sebuah bangsa yang merdeka dan cita-cita untuk membentuk negara bangsa dengan acuan sendiri, telah terkubur disebabkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak jujur dan mementingkan diri sendiri.
  6. Jatidiri dan identiti terus tercabar dan kedaulatan bangsa menuju pengakhiran, maka dengan itu bermulalah pengiraan detik-detik kehancuran sesebuah bangsa.
  7. Dalam usia yang masih muda ini (20 tahun), kita tidak boleh berputus asa. Kita mesti memiliki stamina untuk satu perjuangan yang panjang demi mengembalikan kemegahan dan kemuliaan yang hilang. Kita sedar ianya suatu yang sukar dan memerlukan pengorbanan, namun pengorbanan itulah kemuliaan bagi kita.
  8. Justeru itu, marilah kita bangkit berikrar untuk meluruskan kembali dan menegakkan kejujuran dalam meneruskan perjuangan bangsa yang kita warisi dari pejuang-pejuang terdahulu. Kita akan terus membongkar rahsia dan menyalakan obor semangat perjuangan mereka agar roh perjuangan mereka akan terus mengalir dalam darah generasi akan datang.

Gambar: Peta Menunjukkan Kedudukan alam Melayu sekitar 700M.

  1. Sabda Rasulullah SAW;

 

“Daripada Muawiyah bin Abi Sufyan RA, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia tentang agama.” (Hadith Riwayat Bukhari: no. 71 dan Muslim: no. 1037)

Allah SWT telah memberi kelebihan kepada kita dengan kefahaman dan bimbingan taufik dan hidayah sehingga kita dapat istifadah (mengambil) dari setiap yang berlaku disekeliling kita.

Firman Allah SWT:

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (Ibrahim: Ayat 25)

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah: Ayat 179)

Kita telah melihat senario yang berlaku kepada gerakan Islam serata dunia. Kita faham apa yang tersurat dan apa yang tersirat disebaliknya.

  1. Masa yang masih berbaki ini memberikan ruang kepada kita untuk mengatur langkah yang lebih cermat, mengulangkaji dan terus mengulangkaji. Kita berfikir semula, menilai secara bebas apa yang betul dan apa yang salah. Peristiwa-peristiwa ini juga memberikan kita idea untuk menjadikan ISMA sebagai sebuah gerakan masa depan yang unggul, insyaAllah.
  2. Alhamdulillah, adakah saudara atau saudari sekalian BERSEDIA untuk menjadi penggerak utama untuk satu gagasan masa depan yang unggul ini?
  3. ISMA tidak memilih untuk masuk dan menghabiskan masa dan tenaga dalam pertempuran masa kini yang kesudahannya tidak kemana. Ini bukan bermakna ISMA berada dipinggiran, tetapi sebaliknya ISMA tetap berfungsi memberi sentuhan yang berkesan dalam segenap isu dan dakwah. Sebagai contoh, dalam isu RUU355, ISMA bersama-sama rakan-rakan NGO membela dan mempertahankan isu-isu berkaitan kedudukan Islam di Malaysia.

Hadirin dan hadirat sekalian,

ANTARABANGSA

  1. Kita sedang menyaksikan kegagalan ‘order’ (sistem) dunia baru dalam membawa keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran dalam kehidupan manusia. Slogan demokrasi dan kebebasan adalah ternyata palsu. Liberty, Equality dan Fraternity hanya alat penguasaan dan penjajahan kuasa besar (Yahudi) untuk menguasai dunia.
  2. Kini dunia Islam terus berada dalam keadaan huru-hara peperangan, pembunuhan, kemusnahan harta benda, rampasan tanah, penghapusan etnik, dinafikan kedaulatan, mundur, ketinggalan dan berpecah-belah.
  3. Masih terdapat sebahagian besar masyarakat dunia hidup dalam ketinggalan, kemiskinan, sumber mereka dirompak dan masa depan mereka dicatur untuk kepentingan segelintir kapitalis antarabangsa. Ini telah mewujudkan satu dunia yang tidak adil dan seimbang.
  4. Dunia memerlukan ‘order’ (sistem) baru yang adil, iaitu ‘order’ Islam yang akan membawa keadilan dan kemakmuran sejagat, yang benar-benar menjaga hak asasi dan membela golongan tertindas serta membebaskan manusia daripada penguasaan taghut. Keadilan yang tidak membenarkan kekayaan hanya dibolot oleh beberapa kerat kapitalis antarabangsa.
  5. Bimbang akan masa depan yang pasti ini golongan propagandis barat melancarkan kempen anti-Islam dengan tohmahan ekstremis, rasis dan radikal bagi mewujudkan Islamopohobia dan bagi menghalang masyarakat barat dari melihat keadilan dan keindahan Islam.
  6. Justeru itu, kita menyeru masyarakat barat agar keluar dari cengkaman pengaruh propagandis yang berkepentingan, sebaliknya membuka hati dan minda untuk memberi ruang kepada ‘order’ Islam yang akan membawa keadilan samawi.
  7. Apa yang terjadi selama ini telah membuktikan bahawa sistem atau ‘order’ yang berasaskan athiesme dan menentang agama dan Tuhan hanya akan menguntungkan puak-puak elit kapitalis dan menyebabkan manusia hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan. Kebebasan, kesamarataan dan persaudaraan insan hanya candu minda untuk melindungi kegiatan mereka yang jahat untuk menguasai dunia.

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Dunia Islam sedang melalui fasa peralihan daripada rejim diktator kepada fasa huru-hara (fudho’). Tangan-tangan jahat telah mengambil kesempatan atas suasana fudho’ ini untuk mengukuhkan penguasaan mereka.
  2. Apa yang dinamakan pada awalnya Arab spring, hakikatnya bukanlah Arab spring yang sebenarnya, tetapi Arab spring yang telah membawa korban dan kemusnahan yang amat dahsyat. Umat Islam hilang pegangan atas negara mereka. Dunia Islam rata-ratanya berdepan dengan pertarungan survival, manakala agenda Islam entah kemana.
  3. Dalam masa yang sama, kita dapat menyaksikan perluasan pengaruh Syiah di rantau Arab. Pergolakkan Sunni dan Syiah telah melanda Iraq, Syria, Bahrain dan Yaman.
  4. Hari ini, gerakan Islam berdepan dengan situasi baru yang tidak dijangka, celaru dalam memahami dan tidak memiliki tafsiran yang jelas terhadap perubahan yang sedang berlaku serta keliru dalam memilih pendekatan.
  5. Kita dapati, lemahnya pendirian gerakan Islam hari ini adalah kerana kegagalan mereka memahami senario yang lebih luas, tidak tepat menekuni maksud dan implikasi dari tuntutan perubahan yang didambakan, lalu mereka tidak membuat PERSEDIAAN yang sepatutnya.
  6. Kita mendoakan agar Allah membantu dan mereka dapat membuat استدراك (pembetulan) dan dapat melalui fasa ini dengan selamat.

Hadirin dan hadirat sekalian,

DALAM NEGARA

  1. Kita juga sedang berdepan dengan kecelaruan yang besar. Pemerintah mengalami kegagalan pengurusan harta dan kewangan negara serta kehilangan kredibiliti dan intergriti. Pemerintahan yang sepatutnya menjaga amanah telah bertukar menjadi gerombolan burung Pegar. “Harapkan Pegar, Pegar makan padi”. Kini rakyat dibebani dasar-dasar yang tidak bijak dan menekan, menutup kegagalan atas nama kebijaksanaan.
  2. Suasana sebelum PRU ke-13 sangat berbeza berbanding sekarang. Sebelum PRU ke-13, kerajaan telah mengangkat kempen Melayu Islam dan bumiputera. Selepas PRU mereka buang semua slogan tersebut dan meneruskan dasar liberalisme dalam ekonomi, politik dan sosial.
  3. Manakala, pembangkang telah berpecah dan agenda Sarawak for Sarawakian (S4S) menjadi dominan dalam PRU Sarawak. UMNO berpecah melahirkan Bersatu manakala PAS berpecah melahirkan Parti Amanah Negara (PAN).
  4. Suasana terus menjadi semakin buruk, parti pemerintah sudah menjadi semakin tidak dipercayai, manakala pembangkang pula tidak memberikan pilihan yang lebih baik. Umat seperti lari dari mulut buaya untuk masuk ke mulut harimau.
  5. Dengan kekalahan parti Demokrat di Amerika, saya menjangkakan sokongan kepada gerakan Reformasi dan Pakatan Harapan (PH) semakin lemah. Dakyah puak liberal turut terkesan dan tekanan oleh puak hak asasi manusia mungkin akan melemah. Namun ini tidak bermakna cabaran liberalisasi telah tiada kerana Transformasi Nasional sebenarnya juga adalah agenda liberalisasi.
  6. Hubungan rapat yang dibangunkan dengan kerajaan China, kuasa baru dunia ini akan memberi kelebihan kepada ‘dictatorship’. China tidak akan muhasabah pemerintah Malaysia dari sudut good governance, kebebasan dan hak asasi. Bahkan China mungkin menyokong sebuah pemerintahan diktator asalkan menerima agenda perluasan kuasa dan pengaruh China.
  7. Kalau sebelum ini kita berteriak tentang Barat yang memaksa budaya mereka ke atas dunia Islam dan apa yang diistilahkan sebagi pertembungan tamadun, kini kita terdedah pula kepada agenda pen’China’an Malaysia.
  8. Kita juga sedang menyaksikan kemunculan radikalisme yang pantas menguasai politik di Amerika dan Eropah. Ini sebenarnya bukan kebetulan. China ‘komunis’ adalah satu aliran sosialis yang radikal.
  9. Kalau sebelum ini golongan Fabian yang mengambil pendekatan lembut dan terbuka, dengan peralihan kuasa dunia kepada China, golongan radikal di barat turut mengambil kedudukan dalam membentuk dasar negara. Malah terdapat laporan bahawa Russia terlibat secara langsung dalam membantu kempen Trump di Amerika.
  10. Oleh itu, tidak mustahil untuk kita menyaksikan politik antarabangsa yang lebih radikal pada masa akan datang. Ini tentu sekali akan mengesani politik negara kita.
  11. Gerakan-gerakan Islam dan pencinta perubahan di Malaysia harus menganalisa serta menanggapi situasi perubahan ini dengan sebaiknya. Ternyata wujud kekeliruan yang sangat besar sehingga menyebabkan isu umat dan agenda Islam yang sebenar tidak dapat diketengahkan lagi.
  12. Saya menyeru (dengan tajarrud) pihak-pihak Islam agar berbincang dan berunding bagi mencari jalan supaya kita dapat mengambil kesempatan dari masa yang masih ada untuk menstrukturkan semula politik negara. Supaya dengan itu, mereka dapat memainkan peranan dalam membuat pembaikan-pembaikan yang diperlukan.
  13. Golongan yang insaf daripada PPBM, PAS, PKR dan UMNO sepatutnya mengambil jalan yang paling kurang risiko untuk mewujudkan senario baru yang dapat mengukuhkan politik negara tanpa mengorbankan hak keadilan peribumi dan mengambilkira kepentingan semua kaum seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.
  14. Walaupun begitu, cadangan ini mungkin terlalu murni dan tulus dan dalam kondisi orang berpolitik, mereka memiliki perkiraan yang berbeza. PAS memilih ikatan bersama UMNO dan PPBM memilih untuk bersama DAP. Mereka yang berseteru sebelumnya bersatu, manakala rakan-rakan berpecah. Lalu, bertemu seteru-seteru ini dalam satu perikatan politik, mengikut alasan masing-masing. Sedangkan kebenaran terkorban ditengah-tengah.
  15. UMNO mungkin pihak yang paling beruntung dalam situasi ini. Dengan kedudukan ini, tekanan Pembangkang keatas UMNO menjadi lemah kerana PAS memberikan mereka talian hayat, manakala peluang Pakatan Harapan dan PPBM untuk dipilih juga tipis kerana mereka tidak berjaya mengemukakan alternatif yang meyakinkan.
  16. Kerjasama PAS dan UMNO dalam RUU355 juga tidak akan memberi impak besar kepada agenda perjuangan Islam secara keseluruhan jika ianya hanya terikat dengan RUU355 sahaja. PAS sepatutnya meninggikan tuntutan bagi mendapat komitmen kerajaan terhadap langkah-langkah yang akan menamatkan ‘salah guna’ harta awam dan wang rakyat serta dasar liberalisasi ekonomi dan politik yang bertentangan dengan konsep keadilan dan mengorbankan prinsip-prinsip kenegaraan dan dasar perlembagaan.
  17. Saya berdoa dan berharap agar pihak-pihak dan golongan yang berakal dalam masyarakat dapat menimbang dengan pemikiran yang waras akan kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Marilah sama-sama kita memperteguhkan ikrar, iltizam dan tekad untuk terus menegakkan kebenaran dan memperjuangkan hak-hak yang adil demi agama, bangsa dan tanah air.
  2. Mempertahankan Islam sebagai identiti bangsa dan negara ini.
  3. Tanah Melayu sebagai wilayah kedaulatan bangsa Melayu yang akan kekal buat selamanya.
  4. Perjuangan hak keadilan kaum peribumi dalam mempertahankan kuasa politik dan ekonomi, pemilikan tanah dan status sosial sebagai bangsa yang bermaruah dan dihormati.
  5. Untuk ini kita dengan bersungguh-sungguh menyeru pihak yang berkuasa dan ahli-ahli politik di peringkat pusat dan negeri serta NGO-NGO segera membetulkan dasar dan tingkah laku politik mereka masing-masing, berdasarkan al-Quran, as-Sunnah dan lunas-lunas perlembagaan.
  6. Kita juga dengan nada yang sama menyeru pemain-pemain politik kerajaan dan juga pembangkang agar meletakkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air di tempat yang sewajarnya.
  7. Marilah kita menginsafi situasi bangsa kita setelah lebih 60 tahun merdeka yang berdepan dengan ancaman kepupusan identiti dan peradaban serta bahaya terlepas pegangan keatas tanah air sendiri.
  8. Ini berpunca dari dasar yang salah dalam pembangunan negara bangsa. Kita telah terpedaya dengan dongengan penjajah bahawa kita tidak boleh maju kecuali dengan mengikut jejak langkah mereka. Lalu, kita memutuskan hubungan dengan sejarah bangsa dan meninggalkan warisan datuk nenek kita dan menyertai gerombolan asing (barat).
  9. Kini kita menjadi bangsa yang bergantung kepada orang lain dalam semua perkara. Kita sendiri yang menafikan peradaban bangsa, budaya dan Bahasa. Kita fikir dengan menjadi Inggeris kita akan menjadi maju.
  10. Kesannya, kita tanggung pada hari ini. Bangsa kita menjadi bangsa yang terputus dari sejarah tanpa budaya, tanpa identiti. Ditambah pula dengan dasar liberal, pragmatik yang diamalkan memusnahkan segala apa yang masih berbaki. Atas alasan pelancongan, kita mengangkat budaya asing memenuhi segenap simbol dan lambang seakan-akan negara ini sudah bukan negara Melayu dan Islam lagi. Kita berterusan melaksanakan dasar liberalisme atas tujuan menarik pelaburan asing, kita sanggup mengubah undang-undang yang menjadi benteng keperibadian negara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Sebelum ini kita bercakap tentang ancaman globalisasi. Serangan pemikiran dan budaya bebas menolak agama dan bangsa melanda deras sehingga mengubah wajah politik negara. Pembangkang dan pemerintah lebih liberal dan multiracial.
  2. Globalisasi telah mencetuskan pertembungan peradaban. Negara menghadapi ancaman peng’Amerika’an. Kini, kita berhadapan cabaran baru. China datang dengan tubuh badan, membanjiri negara kita, membeli aset-aset, melabur dalam pembangunan dan infrastruktur, mencampuri urusan dan bersaing dalam ekonomi dan politik kita.
  3. Kita menjangkakan kehadiran China dengan pembiayaan projek mencecah ribuan juta dollar di negara kita dan menjadikan kita ‘lab’ kepada projek perluasan pengaruh dan hegemoni “OBOR” akan memberi kesan negatif yang amat besar kepada kedaulatan negara dan masa depan anak bangsa.
  4. Sehingga ucapan ini ditulis, terdapat lebih 60 buah projek yang sedang dan akan dibina di semenanjung dan Sabah Sarawak. Projek yang menelan masa puluhan tahun dan menelan belanja sehingga ratusan billion dollar ini merupakan projek komprehensif yang merangkumi semua bidang sama ada perdagangan, infrastruktur, pendidikan, industri, pelancongan, perkhidmatan, budaya dan lain-lain lagi.
  5. Saya percaya walaupun projek-projek ini memberi sedikit manfaat kepada rakyat tempatan, tetapi ianya tidak lebih dari sekadar pengguna. Faedah kewangan, keuntungan dan pengaruh akan kembali sepenuhnya kepada syarikat-syarikat China dan mungkin beberapa kerat dari golongan tertentu sahaja.
  6. Kita tahu bahawa projek-projek yang berjumlah ratusan billion ini tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia kesebelas (RMK11), yang dirancang untuk memanfaatkan negara dan rakyat. Tetapi, sebenarnya projek-projek ini adalah di bawah rancangan perluasan pengaruh hegemoni politik dan ekonomi China di rantau ini.
  7. Perjanjian bernilai ratusan billion dollar ini sudah tentu akan membawa implikasi yang negatif terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Kita tertanya-tanya sejauhmana kerajaan meneliti dan membuat penilaian yang wajar dalam perkara ini?
  8. Kita juga bimbang dengan terikat dengan perjanjian yang begitu besar, kerajaan tidak akan mampu menolak rancangan China untuk menguasai Laut China Selatan. Kalau itu berlaku, jelas sekali pelaburan dan pembiayaan projek-projek itu akan membawa ancaman kepada kedaulatan negara.
  9. Kegiatan China di Laut China Selatan (Laut Champa asalnya) ini telah menarik perhatian kita sejak awal. Pada tahun 2015 kita telah menghantar surat ke Kementerian Luar untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tiada respon yang memberangsangkan.
  10. Adakah projek China ini benar-benar ‘peaceful rise’? Saya ingin menarik perhatian hadirin kepada Resolusi Kongres Komunis pada tahun 1930-an, yang meletakkan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai sebahagian wilayah milik Republik China.

“Menurut Dr. Victor Purcell, semasa beliau melawat Chungking semasa Perang Dunia Kedua, beliau melihat sebuah peta yang dibuat dan keluarkan oleh Maktab Tentera di Chengtu yang memperlihatkan Tanah Melayu sebagai satu kawasan yang terletak di dalam empayar China yang telah jatuh ke tangan British dan perlu sekali direbut kembali. Tidaklah terbabas jauh daripada perenggannya kalau Dato’ Onn berkata bahawa ada setengah-setengah orang Cina di dalam dan di luar Malaya yang berusaha hendak menjadikan Tanah Melayu Daerah China yang ke-20” (Rujukan: Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu)

  1. Merujuk pada peta tahun 1938, yang diajar di sekolah-sekolah di China juga jelas meletakkan Malaysia sebagai sebahagian wilayah China.

Gambar: Peta pada tahun 1938 menunjukkan Tanah Melayu sebahagian dari wilayah China.

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Kini orang mula bercakap tentang peralihan kuasa besar dari Amerika ke China dan ada yang mula meramalkan akan berlakunya perang Dunia ketiga antara Amerika dan China.
  2. Buat masa ini tidak ada sebarang kemungkinan itu boleh atau akan berlaku.
  3. Kita percaya bahawa pihak yang menggunakan Amerika sebagai proksi kuasa untuk beberapa dekad yang lalu adalah orang yang sama di belakang kebangkitan China pada hari ini.
  4. Komunis adalah cabang radikal dari Sosialis Antarabangsa yang dipelopori oleh kelompok globalis Yahudi elit. Fabian Society yang menguasai dasar Amerika dan Eropah adalah juga dari kelompok yang sama. Mungkin perbezaan yang ketara adalah dari segi pendekatan, Fabian menggunakan pendekatan demokrasi liberal dan terbuka, manakala Komunis lebih bersifat radikal.

Hadirin dan hadirat sekalian,

METODOLOGI AL-QURAN DALAM MENAFSIR REALITI

  1. Inilah takdir zaman kita. Zaman yang penuh cabaran. Ramai yang keliru kerana minda mereka telah diceroboh oleh pemikiran asing. Mereka gagal memahami situasi sebenar mengikut Qurani yang betul. Mereka berfikir dengan akal yang dijajah.
  2. Sebenarnya Tuhan tidak tinggalkan kita tanpa panduan untuk memahami dan menafsir apa yang berlaku dalam arena politik tempatan mahupun antarabangsa. Pertembungan antara hak dan batil, atau antara hizbullah dan hizbu as Syaitan telah dijelaskan di dalam al-Quran.
  3. Hizbu as Syaitan dipelopori oleh penyembah-penyembah Iblis dan penganut ajaran Talmud. Mereka merosakkan agama-agama, menentang Allah SWT dan membunuh para Nabi. Mereka ini menguasai dunia dalam segala aspeknya dan menegakkan sistem kehidupan atas asas kufur dan إلحاد (ateisme).

Firman Allah SWT:

Dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (al-Mujadalah: Ayat 22)

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (al-Mujadaalah: Ayat 19)

  1. Allah SWT telah menceritakan ciri-ciri mereka di dalam al-Quran dan sejarah Islam.

Firman Allah SWT:

Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. (al-Baqarah: Ayat 100)

¨Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya¨. (at-Taubah: Ayat 34)

Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (al-Baqarah: Ayat 61)

¨Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka) ¨ (an-Nisa: Ayat 46)

 

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan. (al-Maidah: Ayat 64)

  1. Abad ke-19 dan ke-20 menyaksikan penguasaan Yahudi terhadap politik dunia setelah mereka berjaya menguasai dunia barat dan Kristian sehingga ke hari ini.
  2. Tiadalah liberalisme, sekularisme, pluralisme agama kecuali sebahagian ajaran atheis yang terkandung di dalam agama humanisme dan digunakan untuk mengekang Tauhid dan menyisihkan agama dari kehidupan.
  3. Demikian juga kita dapat memahami berpandukan tafsiran al-Quran terhadap realiti, fenomena politik semasa dengan tepat dan tanpa ragu-ragu. Kita dapat mengenali dengan jelas setiap entiti politik yang ada dan peranan dan tabiat mereka dalam percaturan tempatan dan juga antarabangsa.
  4. Sebenarnya mereka yang menganut liberalisme, sekularisme, pluralisme agama dan hak asasi barat dalam kalangan umat Islam sebenarnya telah sesat jalan dan membawa agenda hizb as Syaitan yang menyembah Iblis.

Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya. Kami (para sahabat) berkata, Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani? Nabi s.a.w menjawab, Maka siapa lagi? (Hadith Riwayat Muslim, no. 2669).

  1. Kita menyeru kawan-kawan kita yang bersama-sama dengan parti Syaitan ini dan proksi-proksi mereka segera kembali ke pangkal jalan.
  2. Saya juga ingin menegaskan pegangan kita terhadap manhaj perjuangan yang jelas berdasarkan al-Quran dan as-sunnah seperti ianya diturunkan tanpa penambahan atau pengurangan dalam mengharungi cabaran sepanjang perjalanan dakwah yang penuh berliku ini.
  3. Kita tidak akan terpengaruh dengan ideologi-ideologi asing yang bertujuan mengalihkan perjuangan kita dari landasan yang sebenar.

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Saya telah menceritakan serba sedikit bagaimana seharusnya kita memahami dan menghuraikan percaturan politik yang sedang berlaku dihadapan kita.
  2. Kita telah belajar banyak perkara dan mendapat pengalaman dari apa yang berlaku. Pengalaman ISMA, realiti bangsa, agama, tanah air, senario gerakan Islam, kebangkitan rakyat (revolusi), rejim-rejim yang tumbang, order baru dunia, percaturan kuasa besar dan agenda global serta cabaran serantau dan antarabangsa.
  3. Kita perlu berhenti sejenak, memikirkan semula apakah keperluan organisasi dakwah untuk mengharungi realiti sukar seperti ini. Apakah ciri-ciri kekuatan yang diperlukan untuk sebuah masa depan yang diharapkan.
  4. Berdasarkan senario pertembungan yang sedang berubah, kita menuju ke fasa baru yang jauh lebih sukar. Marilah sama-sama kita mengambil kesempatan ini untuk melakukan مراجعة (ulangkaji) yang mengukuhkan langkah, supaya jamaah kita kekal kuat dan mampu mengharungi cabaran baru dalam tempoh yang mendatang.

PANDANGAN STRATEGIK ( الرؤية الاستراتيجية )

  1. Pandangan strategik ialah pandangan jangka jauh tentang halatuju masa depan dakwah.
  2. Memiliki pandangan strategik yang jelas adalah kekuatan bagi satu-satu organisasi. Gerakan Islam perlu membuat penyelidikan baru yang menyeluruh terhadap perubahan realiti yang dihadapi dunia, termasuk di dunia Islam. Gerakan Islam perlu membuat bacaan masa depan, meneliti ‘pattern’ dan mengkaji senario-senario.
  3. Selain itu, mereka juga perlu membuat analisa menyeluruh terhadap pengalaman gerakan pada masa lampau. Dari sini pandangan-pandangan (perspektif) strategik yang baru perlu dibentuk.
  4. Kemampuan kita untuk membina semula pandangan strategik akan memberikan kita kekuatan dalam langkah-langkah dan pendekatan yang kita akan ambil pada masa hadapan. Sejauhmana benar dan tepat pandangan masa depan kita, sejauh itulah kuatnya langkah kita.
  5. Justeru, berbekalkan kajian, ilmu dan pengalaman yang dilalui kita akan membangunkan bersama satu pandangan strategik الرؤية

الاستراتيجية yang baru yang akan memandu perjalanan dan langkah kita ke hadapan. InsyaAllah.

  1. Ini adalah langkah strategik yang sangat penting untuk ISMA bagi melengkapkan diri dengan segala persediaan sebagai sebuah organisasi DAKWAH MASA DEPAN. Langkah ini dapat memperkuatkan saf, menyemarakkan semangat, mengembangkan potensi dan menjadikan ISMA sebagai organisasi dakwah yang terkehadapan.
  2. Kita dapat memperbaiki pengurusan sumber manusia (HRM) dan membangunkan sumber tersebut secara terancang. Kita juga dapat meningkatkan kecekapan guna tenaga dengan baik serta mewujudkan perancangan pembangunan sumber untuk masa hadapan.

 

..bersambung ke Bahagian 2.

1 comment

Leave Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *