Ukhuwah momentum penting dalam gerak kerja berpasukan

 

Oleh: Nur Amalina Ismail

BATU PAHAT, 3 Mei- Ikatan ukhuwah fillah adalah salah satu momentum penting dalam gerak kerja berpasukan.

Seruan mengeratkan persaudaraan ini telah dilaksanakan melalui program “Hari Keluarga Isma Batu Pahat” baru-baru ini.

Menurut Yang Di-Pertua ISMA Batu Pahat, Cikgu Zulkifli Hassan, “Program pada hari ini adalah siri-siri persiapan untuk mencapai agenda besar ISMA. Program pada kali ini dirancang untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli ISMA secara tidak formal”.

Beliau turut menekankan bahawa, “Agenda besar ISMA adalah menyediakan ahli-ahli yang sihat tubuh badan, yang boleh bekerja, boleh mengorbankan banyak masa, tenaga serta wang ringgit untuk kepentingan Islam”.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah isi air dalam belon, balingan kasih sejati, balingan kasih mesra, wanita penyabar, anyam ketupat dan banyak lagi.

Menurut salah seorang peserta, “Aktiviti seumpama ini sangat baik untuk diadakan kerana setiap ahli ISMA dapat lebih mengenali satu sama lain serta dapat mengisi waktu cuti dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *