Umat Islam Hilang Deria Furqan

PETALING JAYA, 7 Julai – “Umat Islam sudah kehilangan satu sifat iaitu sifat furqonah. Sifat inilah yang membolehkan mereka membezakan yang haq dan batil,” ujar Engku Ahmad Fadzil, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). Beliau berkata demikian semasa Forum Cabaran Agenda Umat Islam Malaysia anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di Masjid Tun Abdul Aziz.

Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang itu bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan akan diberikan sifat furqan. Seperti firman Allah di dalam al-Quran surah al-Anfal ayat ke-29,
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengurniakan kepadamu furqan (petunjuk yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil atau boleh dimaknakan dengan pertolongan).”

Bertepatan dengan tajuk forum malam ini, beliau turut mengulas isu cabaran semasa umat Islam di Malaysia seperti isu keterbukaan golongan liberal dan gejala LGBT. Gejala-gejala ini adalah manifestasi kepada hilangnya sifat furqonah. Umat Islam mudah terpengaruh dengan mereka yang mempromosikan slogan-slogan yang kelihatan murni seperti kesamarataan dan kasih sayang tetapi sebenarnya batil.

Forum tersebut membariskan panelis lain iaitu Ustaz Muhd Fauzi Asmuni, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Kamarul Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di Universiti Utara Malaysia, Engku Ahmad Fadzil, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.

Oleh: Nor Syamimi Musa (Aktivis Isma KL)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *