Umat Islam kini takut bercerita tentang kebenaran Islam

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

SUBANG JAYA, 16 Ogos – Umat Islam di Malaysia pada masa kini terlalu takut untuk bercerita tentang kebenaran dan keindahan Islam kepada umum.

Menurut Ketua Pemuda ISMA Subang Jaya, Ustaz Fahmi Bazlan Muda, masyarakat Islam seolah-olah turut dibelenggu penyakit ‘Islamophobia’, bukan hanya masyarakat bukan Islam di luar negara.

“Hal ini begitu berbeza dengan Nabi Ibrahim yang sentiasa membuktikan diri baginda mempunyai prinsip aqidah yang cukup jelas.

“Baginda (Nabi Ibrahim) menyampaikan kebenaran Islam dan membuktikan kesesatan dan kesyirikan adalah sesuatu yang syar’i, bukannya bid’ah”, jelasnya.

“Hal ini ditunjukkan melalui tindakan Nabi Ibrahim yang memecahkan berhala-berhala sewaktu zaman pemerintahan Raja Namrud.

“Inilah yang dilupakan oleh umat Islam pada hari ini sampai takut menyampaikan keaslian Islam.

Ustaz Fahmi Bazlan berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bertajuk Sirah Nabi Ibrahim: Pengorbanan Menegakkan Akidah di Surau Al-Madaniah, USJ 18, Rabu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *