UNDANG-UNDANG SYARIAH PILIHAN NURKHAIRINA MASWA, KLS KUALA LUMPUR 2018 BERI PENDEDAHAN JELAS

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2018 – Cabaran alam selepas persekolahan terutama di institusi pengajian tinggi merupakan perkara yang dikongsikan kepada para peserta dalam satu forum survival kampus di Kem Lepasan Sekolah (KLS) 2018 di sini semalam.

Rata-rata, para peserta yang menghadiri program ini turut berpuas hati kerana mendapat pendedahan tentang bidang yang mereka hendak ceburi.

Antara peserta yang turut hadir ialah Nurkhairina Maswa bt Ahmad Rithauddin,18 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syeksen 10 Kota Damansara. Menurutnya, program ini sangat-sangat membantu untuk beliau membuat pilihan yang tepat demi kehidupannya pada masa hadapan.

“Saya mendapat pendedahan yang jelas terhadap kursus-kursus di universiti. Saya berminat menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang syariah”, katanya.

KLS 2018 peringkat Kuala Lumpur itu telah dijayakan oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Biro Luar Negara (BLN) dan PEMUDA ISMA. Karnival yang dianjurkan seperti ini juga turut dijalankan di seluruh negara.

 

YUSNIATI MESRA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *