Usaha Taghrib adalah muslihat untuk ‘mengsyiahkan’ sunni

Oleh Mohamad Nor Fakihin Aqsa bin Mohd Nor Azam

KOTA SAMARAHAN, 26 Feb – Usaha Taghrib Sunni-Syiah adalah tipu daya atau helah yang licik daripada puak Syiah untuk ‘mensyiahkan’ pengikut-pengikut ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ),”  ujar Ustaz Mohamad bin Ismail, Ketua Unit Kajian Syiah dari Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dalam sebuah ceramah umum bertajuk Bahaya Syiah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kota Samarahan dengan kerjasama AJK Masjid Darul Ulum Taman Desa Ilmu pada baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, Syiah akan manfaat usaha taghrib ini untuk menyebarkan fahaman atau doktrin sesat mereka kepada pengikut ASWJ terumatanya dipelusuk-pelusuk kampung dengan kaedah menyamar menjadi seperti orang alim dan amalkan ‘Taqiyyah yakni berbohong atas nama Islam.

“Antara ajaran sesat Syiah yang bertentangan dengan ASWJ yang cuba disebarkan ialah mengatakan bahawa imam-imam mereka maksum, mengkafirkan para Sahabat Rasulullah SAW, mengatakan bahawa Al-Quran telah diselewengkan, mengatakan bahawa Allah SWT bersifat jahil (Al-Bada’), menghalalkan nikah Mut’ah, mengatakan ASWJ memusuhi Ahlul Bait dan lain-lain,” katanya.

Mengakhiri ceramah tersebut, beliau menyatakan bahawa perlu ada kesepakatan bagi membanteras perkembangan di Malaysia demi menyelamatkan akidah umat di Malaysia.

“Kita sebagai umat Islam perlu bersepakat, tak kira kita dari hijau atau merah. Kita perlu bersatu dan beri kesedaran kepada masyarakat demi menegakkan agama Islam dan menghindarkan doktrin Syiah daripada mempengaruhi  masyarakat,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *