Wang Tunai berjumlah $1000 Menanti Johan Piala Isma Australia

MELBOURNE, 1 Zulhijjah 1438H – Isma Australia dan I-Fitness Australia bakal menganjurkan Kejohanan Piala Isma Australia buat julung-julung kalinya yang dijadualkan pada 28 September 2017 dan bertempat di Adelaide, South Australia.

Kejohanan tersebut terdiri dari dua komponen, iaitu kejohanan futsal untuk lelaki manakala kejohanan bola jaring untuk wanita. Pihak penganjur yakin bahawa kejohanan tersebut akan mengumpulkan atlet-atlet serta peminat-peminat sukan dalam kalangan komuniti Malaysia terutamanya mahasiswa yang sedang menuntut di Australia.

Objektif kejohanan tersebut ialah mempromosikan  kehidupan  sihat melalui pembudayaan aktiviti bersukan, memperkasakan kejohanan sukan yang berlandaskan syariat Islam seperti penjagaan aurat dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.

Hadiah akan disediakan mengikut kategori seperti berikut :

Kategori Lelaki

  • Johan: AUD 1,000.00 + pingat + sijil penyertaan
  • Naib Johan: AUD 500.00 + pingat + sijil penyertaan
  • Ketiga: AUD 300.00 + pingat + sijil penyertaan

Kategori Wanita

  • Johan: AUD 1,000.00 + piala +  pingat + sijil penyertaan
  • Naib Johan: AUD 500.00 + pingat + sijil penyertaan
  • Ketiga: AUD 300.00 + pingat + sijil penyertaan

Pihak penganjur berharap agar kejohanan ini akan berjaya diadakan dan segala objektif dicapai selain perancangan diharapkan berjalan dengan lancar.

 

MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN AZIZ
Pengarah Kejohanan Piala Isma Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *