Wanita Isma Ipoh anjur Kejohanan Bowling Amatur Wanita & Remaja

Oleh Nur Hafizah Binti Shahrin

IPOH, 26 April,- “Selain peserta menerima hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak Wanita ISMA, peserta yang hadir sebenarnya telah memberikan hadiah paling hebat untuk diri mereka sendiri iaitu hadiah usaha dan kesungguhan, hadiah keazaman untuk menang, hadiah kesihatan diri dan hadiah silaturrahim yang tidak dapat dijual beli”, ujar Ustazah Nornajwa binti Ghazali yang merupakan Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita Isma) Cawangan Ipoh baru-baru ini.

Beliau bercakap demikian dalam majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Bowling Amatur Wanita & Remaja anjuran Wanita Isma Ipoh & Kelab Remaja Isma cawangan Ipoh.

Pelbagai cenderahati dan hadiah telah diberikan kepada pemenang dan semua peserta kejohanan tersebut bagi memeriahkan lagi suasana pertandingan.

Kejohanan tersebut telah diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli wanita Isma dengan masyarakat selain memupuk semangat kesukanan dalam kalangan wanita dewasa dan remaja muslim. Rata-rata peserta berpuas hati dengan kejohanan tersebut dan berharap pertandingan seperti ini akan diadakan lagi di masa hadapan.

Kumpulan Harmoni yang telah menjuarai pertandingan bagi kategori Wanita.

Kumpulan Violet, pemenang tempat pertama bagi kategori Remaja

Para peserta bersama pihak penganjur pertandingan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *