Wanita perlu ambil pengajaran kecekalan wanita Palestin – Pn. Hashimah

Pn Hashimah (2)
JOHOR BAHARU, 28 Sept“Kita semua perlu berdoa untuk mati syahid dan mendapatkan Jannatul Firdaus daripada saat ini!”

Laungan kata-kata tersebut bergema saat Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Berhad, Pn. Hashimah Salleh memulakan sesi perkongsian pengalamannya di Gaza dalam program Fiqh Wanita anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor di sini baru-baru ini.

Dalam perkongsiannya itu, beliau menyeru wanita di Malaysia untuk mengambil pengajaran terhadap kecekalan wanita di Palestin kerana walaupun terpaksa menghadapi siri peperangan yang berterusan, mereka tetap berusaha dan tidak pernah lelah mencari dana dalam membantu tentera Al-Qassam.

Beliau turut menceritakan pengalamannya melawat menara radio yang telah dibom oleh rejim Zionis Israel.

“Sebenarnya stesen redio tersebut dipenuhi dengan pekerja-pekerja media wanita yang gigih berusaha untuk menyebarluaskan kekejaman rejim Israel laknatullah kepada dunia,” katanya.

Ibu kepada 8 orang anak itu mengambil kesempatan menasihati hadirin supaya bersedia dan berusaha melahirkan generasi Al- Qassam daripada sekarang.

“Tidak ada orang lain yang mampu menggantikan peranan wanita sebagai penyambung generasi,” ujar beliau.

Seminar Fiqh Wanita yang bertemakan ‘Wanita dan Transformasi Diri’ ini merupakan program tahunan Biro Wanita ISMA Johor.

Wanita ISMA berusaha untuk mengajak masyarakat Malaysia menghayati kehidupan Islam yang suci dengan menganjurkan berbagai-bagai program kesedaran yang berkaitan dengan kewanitaan dan kekeluargaan.

Maryam Farhana Kamel Ariffin
Wartawan ISMAweb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *