Wong Yan Yang Meroyan


Saudara Wong Yan bukan sahaja lemah adab tetapi mempunyai masalah dengan ideologi yang dimiliki.

Wong Yan ni sudah beberapa kali meroyan mengenai isu identiti nasional. Placard yang tertulis perkataan yang salah iaitu “Raykat” di dalam satu tunjuk perasaan di sekitar UM adalah antara kejadian yang dipelopori oleh Wong Yan. Mereka adalah persatuan mahasiswa UMANY yang cenderung kepada ideologi politik rasis dan ekstrem DAP.

Wong Yan bukan sekadar mempunyai masalah dengan adab yang dimiliki, tetapi juga mempunyai masalah dengan ideologi kebebasan yang sering dilaung-laungkannya.

Masalah ini bukan hanya pada Wong Yan seorang sahaja tetapi lebih kepada ideologi yang dimiliki persatuan-persatuan seperti UMANY ini. Sekiranya kita lihat di dalam video kejadian di dewan konvokesyen semalam, terdapat juga tepukan dan sokongan yang diberikan kepada Wong Yan atas tindakan biadapnya. Hal ini bermaksud ramai sebenarnya yang menyokong tindakan Wong Yan ini.

Saya pasti, tindakan ini tidak didorong oleh individu sahaja tetapi sebenarnya didorong oleh ideologi kebebasan dan fahaman politik cauvinis yang diwariskan dari luar kampus ke generasi muda di kampus. Kita perlu risau kerana ideologi ini berakar kepada mahasiswa kita di kampus.

Bagi saya, kebebasan itu perlu diraikan tetapi perlu di dalam batas yang dibenarkan. Sekiranya universiti adalah wadah untuk membentuk pelajar yang berilmu dan beradab, maka kebebasan mutlak bukan kaedah yang sesuai untuk dijadikan teras. Bayangkan sekiranya kebebasan ini menjadi perjuangan anak muda kampus kita, ideologi rasis seperti ini akan berakar dan berkembang kepada mahasiswa kita di kampus.

Saya ramai kenalan berbangsa Cina yang elok tutur kata dan tingkah lakunya, tidak adil sekiranya tindakan Wong Yan mengaburi kebaikan bangsanya. Tetapi kita perlu jelas dan tahu bahawa ideologi Wong Yan lah yang telah menjadikannya seperti ini. Adalah baik kita menolak ideologi tersebut.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada pihak pentadbiran UM untuk menyelia aktiviti mahasiswa yang cenderung kepada melahirkan individu seperti Wong Yan ini. Saya juga mencadangkan sekiranya wujud lagi ketinggian adab dalam dirinya sebagai graduan, sila buat permohonan maaf secara terbuka. Bagi saya, orang yang menyatakan seseorang itu rasis tanpa asas yang jelas sepatutnya dia sendiri yang patut digelar rasis.

Saya cadangan juga kepada saudara Wong Yan, bergaul lah dengan bangsa lain terutamanya bangsa Melayu serta pelajari sejarah negara dengan betul. Sekiranya saudara Wong Yan masih tiada kawan berbangsa Melayu, saya sendiri sanggup menawarkan diri.

Oleh :
Muhammad Azam Asri

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat