Yakin syariat paling adil

Ada pemimpin politik mengatakan bahawa pelaksanaan syariat bukan keutamaan, tetapi perkara yang lebih utama adalah keadilan.

Ditambah pula dengan suasana negara yang pelbagai kaum, maka dikatakan bahawa kita perlu mengambil kira perasaan dan pandangan orang bukan Islam sebelum melaksanakan sesuatu, walaupun berkaitan dengan perlaksanaan syariat.

Kenyataan dan pemahaman sebegini adalah satu penyelewengan kepada fahaman Islam. Inilah yang dikatakan pemikiran liberal; iaitu dengan mencairkan kebenaran sehingga umat Islam tidak lagi melihat syariat itu sebagai satu keperluan.

Walhal tidak ada yang lebih adil dari syariat. Setiap Muslim perlu faham dan yakini perkara ini.

Mustahil sesuatu yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai ciri ketidakadilan. Mustahil juga syariat tidak mengambil kira kemajmukan sesebuah negara dan masyarakat.

Jadi tidak timbul kepelbagaian kaum dan etnik sebagai hujah dan alasan untuk mengenepikan syariat.

Sekadar renungan buat kita semua.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *