Yayasan Ikhlas Sarawak bantu 50 anak asnaf Dalat teruskan sesi pembelajaran

 

DSC03060

DALAT, 4 Feb- Dalam misi bantuan persekolah Yayasan Ikhlas yang diadakan di Masjid Al-Muslihin, Dalat pada 23 Januari yang lepas, seramai 50 orang pelajar dari keluarga asnaf telah menerima bantuan sebanyak RM 150 seorang dalam membantu mereka meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih baik.

Bantuan persekolahan Yayasan Ikhlas dengan kerjasama I-Guru itu telah disampaikan oleh Pegawai Yayasan Ikhlas Sarawak, Hafeez bin Morni.

Menurut Encik Hafeez, misi ini adalah salah satu usaha Yayasan Ikhlas untuk memberi sokongan moral kepada keluarga yang kurang berkemampuan di samping sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.

Tambahnya lagi, bantuan persekolahan adalah merupakan salah satu tumpuan dan fokus Yayasan Ikhlas dalam memperkasakan pendidikan terutamanya kepada golongan yang tidak berpeluang atau tidak berkemampuan.

DSC03011

Dia yang dihubungi wartawan ISMA Kuching turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang dari badan-badan korporat dan orang perseorangan di dalam misi Bantuan Persekolahan bagi tahun 2016 ini.

Jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan adalah seramai 940 pelajar di empat buah negeri, iaitu Sabah, Sarawak, Perak & Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *