Anwar Ibrahim Jangan Terikut Gaya Pemimpin DAP Anti Institusi Diraja

Karya Fahmi Reza dengan gambar Permaisuri Agong dan tulisan ‘This Is Dengki Ke’, bukanlah satu karya biasa yang patut dibenarkan atas nama kebebasan bersuara atau kreativiti kesenian. Ia jelas satu bentuk ‘menganjing’ institusi Raja dengan cara yang halus.

Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli politik Melayu, tidak sepatutnya meniru perbuatan pemimpin DAP yang menyokong karya Fahmi Reza tersebut. Sentimen anti institusi Raja yang ada pada DAP tidak perlu untuk dimiliki sama oleh pemimpin politik Melayu.

Jika Anwar beranggapan kenyataannya itu akan memanjangkan hayat politiknya, bacaannya itu silap. Ahli politik Melayu yang ingin terus mendapat sokongan rakyat terutamanya Melayu hendaklah sentiasa dilihat bersama dalam mempertahankan institusi Raja.

Bahkan Anwar juga sepatutnya tidak lupa bahawa dia bebas pada hari ini adalah disebabkan pengampunan diraja yang diperolehinya.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden ISMA
26 April 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat