Isma Kajang

ISMA Kajang Santuni Penduduk, Edar Bubur Lambuk Sempena Ramadan

KAJANG, 1 Mei –  Sempena dua minggu terakhir dalam bulan Ramadhan, ISMA Kajang dengan kerjasama Yayasan Maghfirah berkesempatan mengedarkan agihan bubur lambuk kepada seluruh masyarakat di sekitar Kajang. Sebanyak 250 bungkusan telah diedarkan kepada penduduk di sekitar Bandar Kajang, Taman Delima, Prima Saujana, Jenaris, Sungai Kantan dan di sekitar kawasan bazar Ramadan serta kawasan kejiranan. …

ISMA Kajang Santuni Penduduk, Edar Bubur Lambuk Sempena Ramadan Read More »

ISMA Kajang Sumbang Pek Prihatin Ramadan kepada Golongan Asnaf

KAJANG, 1 Mei – “Anda tidak bersendirian” – siapa yang tidak akan rasa bersendirian tatkala diuji tetapi tiada siapa yang datang membantu. Menyedari akan keperluan  golongan ini di sekitar Kajang, ISMA Kajang menerusi pasukan Relawan Muda dan Biro Dakwah memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada empat buah keluarga yang memerlukan. Keluarga pertama mempunyai seorang warga …

ISMA Kajang Sumbang Pek Prihatin Ramadan kepada Golongan Asnaf Read More »

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing – Pemuda ISMA Kajang Bantu Penjaja yang Dilanda Ribut

SEMENYIH, 7 April – Berikutan kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku di sekitar kawasan Bandar Rinching, Semenyih baru-baru ini, sekumpulan penjaja telah dilanda musibah apabila khemah mereka musnah dalam kejadian.  Kerosakan ini telah  menjejaskan perniagaan mereka dan menyebabkan kerugian. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing –  berbekalkan semangat ini Pemuda ISMA Kajang dengan kerjasama …

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing – Pemuda ISMA Kajang Bantu Penjaja yang Dilanda Ribut Read More »

Pemuda ISMA Kajang Teraju Khidmat CSR Bersama Kolej Komuniti

KAJANG, 6 April – Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Pemuda ISMA Kajang dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Langat telah melancarkan projek kemahiran komuniti Corporate Social Responsibility (CSR)  kepada komuniti setempat di bandar Kajang. Program ini telah disertai oleh 30 pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat, 4 pensyarah beserta ahli Pemuda ISMA …

Pemuda ISMA Kajang Teraju Khidmat CSR Bersama Kolej Komuniti Read More »

Tentang Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Alamat

8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi

03-8912 3838
03-8912 3939 (Fax)

salam@isma.org.my

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat