Awan Menaungi Raudhah

Malam itu sungguh tenang dan tenteram
Suasana mendamaikan hati
Yang tidak sabar untuk melangkah ke Raudhah

Raudhah tempat bersemadi jasad Rasulullah yang kusayangi
Walaupun tidak pernah bersua
Namun hati begitu rindu
Kepada kekasih Allah ini
Dan sahabat-sahabatnya yang dimaqamkan di sini

Raudhah adalah taman-taman syurga
Seperti mana hadith Nabi
Di antara mimbarku dan rumahku adalah taman-taman syurga
Subhanallah

Betapa teruja kaki ingin melangkah ke taman syurga di dunia ini
Ingin bersolat di atas permaidaninya
Tika itu pasti akan merasai
Aliran kasih kepada Nabi
Yang hanya beberapa langkah sahaja di sisi

Ya Rasulullah
Aku ingin menjadi sepertimu
Menjiwai semangat juangmu
Mencontohi akhlak dan budimu
Tidak marah pada yang menghina
Tidak gentar kepada yang menyekat dakwahmu
Tidak putus menyanyangi semua di sekelilingmu
Setia kepada ahli keluargamu
Sehinggakan unta dan batang tamar pun turut rindu kepadamu

Betapa pengutusanmu
Adalah rahmat bagi seluruh alam
Sepertimana redupnya awan
Yang memayungi Raudhah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat