10 Kebiadapan MCA

1. Bersekongkol dengan DAP dalam campur tangan terhadap banyak hal ehwal umat Islam yang tidak ada kena mengena dengan masyarakat Cina serta mempersendakan cara hidup dan hukum hakam Islam secara amat jahat dan konsisten

2. Tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan yang dilindungi perlembagaan serta orang Melayu sebagai pemilik asal Tanah Melayu yang bertuah ini

3. Menentang perlaksanaan hukum hudud yang khusus aplikasinya untuk umat Islam sahaja (RUU355). Penentangan ini dinyatakan dengan penuh sarkastik dan nada menghina agama Islam

4. Menentang perlaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dan khat di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Presiden MCA menyindir dengan penuh kebencian dengan mengatakan Timb. Menteri Pendidikan ketika itu sebagai ‘Makcik Jawi’ dan mengajak seluruh rakyat Cina memerangi inisiatif ini

5. Mempertahankan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang jelas bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan perkara 152 dalam perlembagaan persekutuan. Ia juga amat jelas menggugat keharmonian kaum dan semangat nasionalisme yang menjadi tunggak perpaduan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa

6. Mempertikai pemberian biasiswa kepada pelajar Palestin bagi mereka melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di 12 universiti seperti diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei 2019

7. Khianat dan kerap mempertikaikan keputusan dan pendirian yang dibuat oleh gabungan parti dalam Barisan Nasional sebelum ini. Contohnya dalam isu Akta Hasutan 1948

8. Berfahaman komunisme, mengidolakan tokoh-tokoh komunis dan menyebarluaskan fahaman ekstrimis ini secara senyap. MCA secara terang-terangan membuat perjanjian dengan Parti Komunis China (CPC) untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan aspek lain

9. Mempersendakan tindakan UMNO dan PAS bekerjasama membentuk permuafakatan politik pada tahun 2019. Salah satu akhbar yang merupakan lidah MCA menggelar strategi politik ini sebagai ‘perkahwinan sejenis’

10. Senyap seribu bahasa dalam isu kebanjiran pendatang haram dari tanah besar China, kemasukan pelacur China yang kemudiannya hilang kerana gagal dikesan serta tertangkapnya pelbagai sindiket scam dan judi yang terdiri dari warga negara China tanpa kerakyatan yang sah

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

AJK Pusat Isma
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat