Pemuda Isma Seremban sampaikan serahan Bakul Kasih Ramadan

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN – 26 Mei, serahan barang-barang bantuan kepada masyarakat di sekitar Sikamat dan Ampangan di sini diteruskan pada penghujung Ramadan yang lalu.

Para aktivis Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban yang terdiri daripada Biro Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban telah turun dari rumah ke rumah bagi menyampaikan sumbangan ini.

Sebanyak 32 keluarga di Flat Uda Ampangan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh  AJK Biro Pemuda Isma Seremban ini.

“Moga usaha ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan diharapkan lebih ramai masyarakat yang memerlukan dapat dibantu,” ujar Encik Mabrur Bin Ahmad, AJK Biro Pemuda Isma Seremban.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat