Al-Jazeera jadikan Rayhan Kabir sebagai ‘token’

BANGI, 7 Julai – Media antarabangsa Al-Jazeera menjadikan Rayhan Kabir, warganegara Bangladesh sebagai ‘token’ untuk mengangkat isu dan agenda yang ingin dimainkan.

Menurut Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norhidayah Ismail, sifat media liberal adalah mengadakan “tokenism”, iaitu mencari seorang dua atau sekumpulan kecil untuk mengangkat isu dan agenda yang ingin mereka mainkan.

“Memang sudah biasa untuk media liberal memerlukan “token” untuk melambung isu mereka.

“Saya beri contoh bagaimana media liberal telah sekian lama menggunakan taktik ini terutamanya untuk melawan naratif Islam dan kepimpinan Muslim.

Ujarnya untuk mengangkat isu feminisme, sekumpulan wanita Muslim yang benar-benar tertindas dibantu keluar dari kemelut rumahtangga dan penindasan ahli keluarga lelaki, lalu dilatih (groomed) untuk menjadi pendakyah untuk memperjuangkan agenda feminisme yang menolak naratif sebenar Islam mengenai hak wanita.

Bahkan cuba mentafsirkan semula naratif Islam mengikut acuan feminisme. Sister In Islam (SIS) dianggap sebagai pejuang, Wanita ISMA, WAFIQ dan NGI-NGI wanita yang turut membantu wanita tertindas dianggap petualang.

Bagi isu laporan media antarabangsa Al-Jazeera pula, beliau berkata untuk mengangkat isu hak asasi manusia, sekumpulan PATI yang ditindas, diketengahkan untuk memburukkan negara Islam yang mengadakan kawalan dan undang-undang yang agak ketat.

Walaupun sebenarnya hak asasi asas seperti makan , minum dan tempat perlindungan disediakan.

“Rayhan Kabir hanyalah token untuk media liberal. Kalau tanya warga Bangladesh yang selalu makan angin di taman KLCC pada hujung minggu, mengapa mereka memilih untuk bekerja di negara ini sehingga berpuluh tahun, dan bukan kembali ke negara mereka sendiri mahupun negara lain, kita akan tahu bahawa Rayhan Kabir dan Al Jazeera hanyalah penipu dan cuba memperjuangkan suatu agenda lain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat