BAGAIMANA MENJAGA KESIHATAN EMOSI?

Ramai yang mungkin terlepas pandang kesihatan emosi. Sebenarnya, kesihatan emosi beserta kesihatan spiritual adalah tapak/foundation kepada kesihatan mental dan kesihatan fizikal.

Sebagai contoh, statistik menujukkan bahawa anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang ibubapa asyik bergaduh atau ibubapa bercerai menunjukkan prestasi akademik yang lemah, tiga kali ganda akan mendapat masalah mental seperti anxiety (gemuruh), depression (murung) ataupun masalah personaliti seperti anti-social disorder, narcisistic atau histrionic (terlalu bergantung).

Contoh lain, statistik juga menunjukkan perkerja yang rasa tiada support atau kebersamaan ditempat kerja; prestasi kerja akan menurun, kerap “MC”/ponteng, dibuang kerja, anxiety dan depression.

Contoh lain lagi, statistik juga telah membuktikan pelajar-pelajar di peringkat universiti yang mengalami masalah menyesuaikan diri (sukar nak “blend-in” dengan academic demands, sukar nak “blend-in” dengan rakan-rakan baru atau mungkin perbezaan bahasa bagi pelajar-pelajar luar negara), kebarangkali untuk gagal subjek atau tukar course atau dropped course amat tinggi.

Mungkin jarang para doktor menekankan aspek ini. Tapi kali ini saya nak tekankan bahawa kesihatan emosi juga adalah amat penting.

Bagaimana kita menjaga kesihatan emosi?

Ada tiga komponen penting.

1. Hubungan kekeluargaan
Keluarga adalah komponen asas yang paling penting. Institusi keluarga adalah aset utama yang dapat menguatkan emosi. Hubungan ibubapa yang harmoni akan jamin emosi anak-anak stabil. Perkahwinan juga dapat beri sokongan pada emosi pasangan. Statistik anxiety dan depression lebih tinggi dikalangan individu yang single, drp individu yang sudah berumahtangga.

2. Hubungan sosial
Walaupun kita sekarang hidup dalam alam media sosial, tapi naluri manusia ni perlukan juga kepada interaksi sesama. Statistik depression juga bertambah sekarang kerana banyak kita memilih untuk hidup bersendirian dan hanya berinteraksi dengan media sosial. Tiada rasa kebersamaan, tiada rasa supported daripada rakan-rakan ketika dalam susah, tiada teman untuk meluahkan perasaan. Luangkan sedikit masa untuk ngeteh dengan rakan-rakan, atau dengan jiran tetangga. Kalau ada jemputan kenduri atau ke rumah rakan-rakan, penuhilah.

3. Hubungan kemasyarakatan
Maksud hubungan kemasyarakatan ini ialah khidmat masyarakat. Apa-apa sahaja aktiviti atau servis kepada masyarakat setempat yang boleh kita sumbang. Sama ada melalui badan-badan NGO, melalui surau kawasan, atau melalui pesatuan penduduk. Bila kita ada contribution sebegini secara berkala, emosi kita akan rasa puas. Kepuasan dapat bantu orang lain. Kepuasan ini berbeza. Kita rasa seronok. Kalau kita mampu beri duit, berilah. Kalau kita mampu beri kepakaran, berilah. Kalau kita mampu beri tenaga dan masa, berilah. Apapun yang kita mampu, kita akan rasa seronok.

Ketiga-tiga aspek ini penting. Penting bagi setiap orang, tak mengira usia dan pangkat.

Sekiranya kesihatan spiritual dan emosi terjaga, insya-Allah saya yakin pasti kesihatan mental dan kesihatan fizikal juga akan terjaga.

Dr Shaiful Aizad
Sydney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat