Bantuan penjawat awam: Mengapa DAP jadikan isu?

Golongan B40 majoriti adalah yang berpendapatan rendah maka mereka adalah orang-orang terawal yang akan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengumuman ‘bonus’ atau suntikan ini adalah lebih kepada satu bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari kerajaan. Kerajaan ada rizab lebih dari RM400 billion, maka masih cukup dan tidak ada masalah pun di situ.

Penjawat awam tidak ada bonus sebagaimana pekerja-pekerja swasta perolehi selama ini. Jadi, logik sahaja untuk kerajaan berikan bantuan kepada mereka ini. Saya tidak faham mengapa perkara ini dijadikan isu oleh wakil rakyat DAP ini.

Satu fakta yang YB Ngeh Koo Ham cuba tutup adalah sebenarnya tidak semua penjawat awam tidak kerja sepanjang PKP ini. Tidakkah beliau lupa bahawa ada jumlah yang besar dari penjawat awam sedang bekerja keras terutama mereka di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan?

Saya harap kenyataan YB DAP ini bukan berbaur atau berniat rasis di mana kita tahu majoriti penjawat awam adalah dari kalangan Bumiputera. Mungkin ini kejahilan diri beliau sahaja, kita cuba berbaik sangka sahajalah.

Semoga rakyat terus terbela, kebajikannya terjaga. Ameen.

Hj Aminuddin Bin Hj Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Golongan B40 majoriti adalah yang berpendapatan rendah maka mereka adalah orang-orang terawal yang akan terkesan dengan…

Posted by Aminuddin Yahaya on Sabtu, 28 Mac 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat