Berjauhan dengan keluarga jadi penguat kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Oleh Habsah Abdul Shaer

BANGI, 25 Nov- Aysha Vioferika Hana Christvany Islamwell..  Nama yang panjang dan unik ini dimiliki oleh seorang gadis kecil molek tetapi berjiwa besar, cemerlang dalam akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum dan dakwah sepanjang pengajiannya di Kolej UNITI.

Dia mengakui agak lewat menyertai Pembina di Kolej Uniti, namun penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti anjuran Pembina cukup banyak walaupun dalam tempoh masa 2 tahun sahaja.

Jika disenaraikan penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum dan dakwah di sini, memang tidak cukup kertas. Namun anugerah al-Khawarizmi yang diterimanya semasa Majlis Konvokesyen Kolej UNITI kali ke 18 baru-baru ini sudah cukup membuktikan graduan Kolej Uniti ini adalah seorang yang cemerlang akademik dan gigih menguruskan aktiviti-aktiviti luar kampus sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ayasha Vioferika atau lebih mesra dipanggil vio pernah dinobatkan sebagai JUARA dalam Essay Scientific Competition of Pharmaceutical and Cosmetic, in Government peringkat antarabangsa yang di anjurkan oleh Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia di samping menerbitkan beberapa buah buku seperti IPM2017, PPIM2019 dan PPI Dunia 2019.

Anak tunggal pasangan En. Arif Hanafi dan Puan Jumaikah Tri Rahayu ini juga merupakan AJK Media Pembina Kolej Uniti disamping menggalas jawatan sebagai Exco Sosial, Kemanusiaan dan Hubungan Antarabangsa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej UNITI  bagi sesi 2017/2018 dan 2018/2019.

Duduk berjauhan dari keluarga dan merantau di negara orang tidak mematahkan semangat vio untuk terus cemerlang dalam bidang yang dipelajari. Nah buktinya, dia mendapat PNGK 3.89 dan  mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester pengajiannya walaupun sibuk dengan aktiviti Pembina dan MPP.

“Saya melakukan segala sesuatu harus tepat pada waktunya. Maksudnya, di setiap harinya, saya harus menyusun jadual tersendiri dengan masa sekali.

“Macam contohnya ialah, selepas kuliah, kalau ada tugasan perseorangan, saya kena habiskan awal, dan saya ada deadline yg saya buat sendiri berdasarkan kepentingan apa sahaja yg saya perlukan,” jelas vio yang merupakan graduan Diploma Pengurusan Industri Halal, Kolej Uniti.

Graduan yang berasal dari Surabaya Indonesia ini turut menjelaskan yang dia akan melakukan perkara yang sama untuk aktiviti dakwah. Dia akan pastikan aktiviti dakwah sentiasa menjadi keutamaan dan tidak akan ponteng usrah tanpa sebab yang betul-betul kukuh.

“melangkah, mencari dan mengamalkan setiap apa yg kita pelajari, semuanya niatkan kerana Allah s.w.t dan Rasulnya dan ingat bahawa setiap langkah yg kita ambil, ialah berdasarkan redha Allah.

“Marilah sentiasa mencontohi perjalanan dakwah Rasulullah dalam mengejar, melaksanakan dan menyebarkan ilmu Allah kerana Allah, menyukai orang2 yg mencari dan mendalami ilmu, tanpa rasa sombong, dan mengamalkan serta menyebarkannya,” nasihat vio kepada semua pelajar terutamanya pelajar kolej Uniti sebelum kami mengakhiri perbualan pada petang itu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Alamat

8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi

03-8912 3838
03-8912 3939 (Fax)

salam@isma.org.my

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat