Bina Tamadun: Melayu Perlu Kembali Kepada Islam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin

KUALA LUMPUR, 14 Feb- “Melayu perlu kembali kepada Islam sekiranya ingin membina semula peradaban dan tamadun yang pernah hebat di dunia dahulu”, tegas Dr Syed Fariq Fathullah, salah seorang ahli panel dalam Siri Wacana Survival Identiti Melayu anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur malam tadi.

Tegasnya lagi, cubaan sesetengah pemimpin Melayu yang cuba mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu menemui kegagalan kerana kerangka diagnosis masalah yang tidak tepat dan menyeluruh. Kita gagal dalam DEB (Dasar Ekonomi Baharu), kerana pemimpin kita beranggapan bahawa tamadun kita boleh diselamatkan melalui ekonomi, namun kita masih di belakang.

Siri Wacana Survival Identiti Melayu yang mengetengahkan tajuk “Mengemis di Negara Sendiri” ini adalah inisiatif ISMA Kuala Lumpur untuk membudayakan wacana pemikiran dalam kalangan ahli mereka. Siri wacana yang terbuka kepada umum ini akan menemui khalayak semula pada 5 Mac depan membawakan kesinambungan daripada wacana yang pertama ini.

Menurut Yang di Pertua ISMA Kuala Lumpur, Dr Osman Md Rasip, pembudayaan wacana ini penting untuk membentuk ahli yang mampu berfikir dengan kritis dalam kerangka dan neraca yang betul. Siri wacana ini turut menampilkan saudara Wan Mohd Saiful bin Wan Abdul Rahman, bendahari Kluster Dakwah ISMA Pusat, Dr Muhammad bin Hasbullah, ahli Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan saudara Ahmad Raher bin Osman, Pengerusi Bangun Bersama Kuala Lumpur (BBKL) selaku moderator.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tentang Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Alamat

8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi

03-8912 3838
03-8912 3939 (Fax)

salam@isma.org.my

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat