Cara urus emosi anak-anak sebelum masuk sekolah

Melalui pengalaman baru adalah antara perkara yang boleh buat kanak-kanak berasa tidak selesa, resah, gementar dan juga tertekan.

Setelah sekian lama meninggalkan sesi pembelajaran formal di sekolah, harus diakui ada sebahagian yang mungkin tidak dapat beradaptasi dengan baik terutama pada peringkat awal.

Berikut merupakan tips untuk ibu bapa bagi mengendalikan emosi anak-anak yang bakal memasuki semula sekolah pada 15 Julai ini.

  1. Jangan jadikan hari pertama sebagai hari untuk bereksperimen – beberapa hari sebelum sekolah, anak-anak harus dibiasakan dengan situasi perlu berpisah dengan ibu bapa. Terutama untuk kanak-kanak yang sudah lama tidak ditinggalkan. Tinggalkan mereka untuk tempoh masa beransur-ansur samaada di rumah saudara, rakan atau di pusat jagaan. Proses ‘desensitization’ ini penting untuk meningkatkan daya ketahanan mereka secara semulajadi.
  2. Kerisauan datang dari sesuatu yang tidak ketahui (anticipation anxiety) – Beri penerangan dari awal kepada anak-anak melalui bercerita, berbual dan sebagainya tentang sekolah, keadaan di sekolah dan sebagainya. Lakukan secara konsisten seawal mungkin. Ini membolehkan mereka menyediakan minda(expectation development)
  3. ‘Role play’ – kanak-kanak memproses emosi dengan imaginasi mereka. Role play apa yang akan berlaku, apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dikatakan, kemana perlu pergi dan sebagainya menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam situasi sebenar.
  4. ‘Count-down Calendar’ – sedari awal sediakan minda mereka dengan ‘hari yang ditunggu-tunggu’.
  5. Aturkan ‘body-clock’ anak anda dari awal. Tetapkan rutin tidur dan bangun awal sedikit demi sedikit beberapa bulan sebelum mula sekolah.
  6. Bercerita – kenalpasti apa yang merisaukan anak anda – contohnya cikgu garang, kemudian sebelum tidur/dalam kereta ceritakan kisah-kisah yang mempunyai pengajaran bersekitar isu yang mereka risaukan. Kisah cikgu Jasmin dalam Upin Ipin misalnya – permulaan yang baik untuk kenal cikgu yang baik!
  7. Persediaan malam sebelum – rancang malam yang menyeronokkan. Aktiviti bersama, mengemas barangan sekolah bersama dan apa jua aktiviti yang akan meransang mood positif kanak-kanak.
  8. Sediakan rutin harian yang konsisten – waktu hantar, ambil, kelas petang, waktu bermain, mengaji dan waktu tidur. Begitu juga dengan perancangan cuti hujung minggu. Bincang bersama mereka.
  9. Puji dan beri reward pada tempat dan keadaan yang sesuai. Apabila anak anda melalui minggu pertama dengan baik, mereka sewajarnya diberi pujian atas keberanian mereka. Ambil kesempatan berbuat demikian setulus hati anda. Ia pencapaian yang signifikan buat mereka

Dr. Rozanizam Zakaria

Pakar Psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat