Cari duit untuk ibadah atau cari duit itu adalah ibadah?

1. Cari duit untuk ibadah atau
2. Cari duit itu sendiri adalah ibadah?

Yang (1), bila dapat duit, dia guna duit untuk ibadah (hampirkan diri kepada Allah dengan amal fardi, buat kebajikan kepada manusia, buat kerja dakwah, amat makruf nahi mungkar, bantu pejuang agama dan lain-lain).

Yang (2), duit itulah matlamatnya. Pahalanya dikumpul dari usahanya mengumpulkan duit. Lalu dia berusaha seupaya mungkin untuk mencari duit kerana usahanya itu adalah ibadahnya.

Yang (1), usahanya mencari duit dirancang untuk berhenti iaitu apabila ruang untuknya beribadah terbuka luas tanpa halangan duit.

Yang (2), dia akan mencari duit sampai mati tanpa rancang untuk berhenti sebab mencari duit itu adalah ibadahnya sampai mati.

Yang (1), rezekinya akan dikongsi ramai orang kerana dia mencari duit untuk bakti kepada manusia.

Yang (2), rezekinya bertukar bentuk kepada hanya alatan kesenangan diri sendiri.

 

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Timbalan Presiden Isma 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat