COVID -19 : AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA, JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

1. Malaysia telah memasuki gelombang kedua fasa wabak COVID-19 dan menghampiri fasa pandemik global. Di mana berlaku jangkitan dan kluster tempatan. Dan kemungkinan ada “super spreader” disamping kluster jangkitan dari pusat pentadbiran kerajaan. Kita berdoa supaya kita tidak sampai ke tahap seperti negara Iran.

2. Setakat ini pengurusan pesakit COVID-19 amat baik berdasarkan kadar sembuh yang tinggi dan zero fatality rate. Pengurusan kawalan, contact tracing oleh staf KESIHATAN di lapangan dan ujian pengesahan makmal juga masih yang terbaik. Walaupun dengan kos yang tinggi.

3. Respons orang awam baik tetapi terdapat pihak-pihak yang mengambil remeh. Contoh ada agensi yg memberi izin staf mereka ke negara berisiko, ada keluarga yang pulang dari negara berisiko membenarkan anak-anak ke sekolah macam biasa sehingga menimbulkan kegelisahan pihak lain, ada staf fasiliti perubatan swasta yang tidak peka, ada agensi yang membuat majlis sosial yang melibatkan ramai orang dan lain-lain lagi.

4. Kerajaan dan KKM MESTI meningkatkan kesedaran dan peraturan mengawal keluar- masuk dari negara berisiko tinggi.

5. Kerajaan dan KKM mesti meningkatkan kesedaran dan peraturan seperti “self-quarantined”, “home surveillance” dan “Social distancing” terutama kepada mereka yang mempunyai sejarah keluar-masuk dari negara berisiko tinggi, pendedahan kepada kes positif dan PUI dan yang di syakki. Tak boleh bergantung sepenuhnya kepada sifat sivik dan social responsibility individu, komuniti dan badan komersial.

6. Kerajaan dan KKM diharap lebih telus dengan maklumat bagi orang awam mengamalkan “social distancing” seperti yang di lakukan oleh Singapura, Jepun dan Korea.

Pencegahan lebih baik dari merawat.
Biar terlebih kawal daripada akhirnya tidak terkawal.

Catatan.

Dato’ Dr Zainal Ariffin bin Omar.
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam Malaysia.
04.03 2010.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat