DAP kekal lobi Tun M untuk kepentingan sendiri

BANGI, 23 Jun – “DAP kekal sokong Tun M jadi Perdana Menteri semula sebab mereka licik dan faham hanya Tun sahaja yang boleh turn over keadaan politik Malaysia untuk mencapai cita-cita politiknya,” kata Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad.

Ujar Ahli Jawatankuasa Pusat Isma ini, parti DAP hanya menyokong individu dan pihak yang boleh mereka kudakan untuk mendapatkan kuasa.

“Lihatlah sejarah bagaimana mereka memanipulasi PAS, PKR dan yang terkini BERSATU demi haloba mereka untuk menguasai politik negara.
“Semua parti tersebut akhirnya berpecah dari dalam akibat tidur satu selimut dengan DAP,” katanya.
Tambahnya lagi hanya DAP parti yang kekal kuat dan bersatu, bahkan semakin kuat dengan pergolakan politik yang amat tidak stabil kini.

 

Pada pandangan beliau juga, DAP masih merupakan ancaman paling bahaya dalam senario politik terkini negara.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat