Dominasi agenda Islam dan kepimpinan orang Melayu dalam tampuk pemerintahan negara kunci kestabilan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 9 Mac – Petang tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai penuh menteri kabinet bagi mengisi kepimpinan negara.

Rata-rata memberikan respon dan komen tetapi walau siapa pun yang memegang tampuk pemerintahan pastikan agenda Islam dan kepimpinan orang Melayu menjadi tampuk pemerintahan negara kerana ia adalah kunci kepada kestabilan negara yang mempunyai majoriti penduduk Muslim.

Hal ini seperti yang diperkatakan oleh Penolong Setiausaha Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustaz Syamel Isa yang mengharapkan agar mereka memegang ‘kunci’ ini demi memastikan kestabilan negara.

“Mana-mana yang berpegang dengan kunci ini, negara ini akan stabil. Dengan kunci ini, dia boleh masuk rumah ikut pintu depan, pintu belakang, tingkap hatta balkoni pun secara terhormat dan tanpa dikira melanggar undang-undang.

“Kalau tiada kunci ini, dia akan merobohkan pintu untuk masuk rumah, walaupun ikut pintu depan,” katanya ketika ditemui.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat