Hakikat tawakal pada ikhtiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

BANGI, 17 Mac – Malaysia telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan, supaya wabak COVID-19 dapat dikawal penyebarannya tetapi ada sesetengah golongan yang enggan mengambil langkah keselamatan kerana beranggapan tidak akan dijangkiti kerana sudah mempunyai iman yang tinggi.

Tetapi berbeza pula pendapat dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustaz Muhammad Ikram Abu Hasan, yang menyifatkan mereka ini golongan yang rugi kerana merasa aman dari azab Allah.

“Hanya dengan sebab perasaan selamat itu membuktikan jauhnya hati seseorang itu daripada hakikat iman yang sentiasa adanya Khauf (takut) dan Raja’ (mengharap),” katanya.

Tambahnya, sebahagian ulama memasukkan sifat berasa aman dan selamat dari bencana Allah ini sebagai salah satu dosa besar, yakni seolah-olahnya bencana Allah takkan terkena kepada dirinya.

Sedangkan Allah mengingatkan kepada umat manusia bahawa segala azab yang diturunkan akan terkena kepada semua orang termasuklah mereka yang soleh.

Ustaz Ikram berkata sebaiknya sebagai orang beriman apabila berlakunya sesuatu bencana hendaklah banyakkan berdoa memohon dijauhkan dari musibah serta bertaubat memohon keampunan Allah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat