HAMAS UCAP TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT MALAYSIA KERANA JADI PENYUMBANG TERTINGGI

BANGI, 19 Feb- Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadi penyumbang tertinggi kepada rakyat Palestin keseluruhannya.

Beliau berkata demikian kepada Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Nik Muhammad Rafie ketika Sidang Media Tertutup bersama mereka pada 25 Januari lepas.

Ujarnya ketika ditanya apakah bakal wujudnya penyelewengan dana sekiranya dana dari Malaysia ke Palestin tidak disalurkan kepada satu agensi sahaja.

Lantas beliau merasakan dengan wujudnya pelbagai agensi yang mengutip dana di Malaysia dan menyerahkan dana kepada pelbagai agensi di Palestin memudahkan urusan dan melancarkan proses penyerahan.

Tambahnya lagi, dengan banyaknya agensi, cakupan lebih meluas dan lebih ramai mendapat bantuan daripadanya.

Ustaz Nik Muhammad Rafie memuat naik status tentang pertemuan ini di laman sosial Facebook peribadinya ketika mengulas laporan di Berita Harian tentang dana dari rakyat Malaysia yang dikutip tidak sampai kepada pihak tertentu untuk menguruskannya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat