Harga seekor lembu Wagyu boleh beri 4 ribu pelarian Palestin makan

BANGI, 30 Jun – Baru-baru ini di media sosial, tular maklumat mengenai perkhidmatan ibadah korban menggunakan lembu terbaik di dunia, Waqyu Miyazaki dari Jepun dengan harga RM30 ribu 1 bahagian bersamaan RM210 ribu seekor.

Perkara ini telah mendapat perhatian Yang di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Subang Jaya, Ustaz Muhd Muhd Farhan Muhd Fadhil di mana beliau berpendapat perkara itu tidak salah tetapi ada beberapa aspek yang boleh diteliti apabila ingin melakukan ibadah korban.

Katanya, dengan harga lembu semahal itu, seseorang mampu membeli tidak kurang 15 ekor lembu yang boleh memberi manfaat kepada hampir 4 ribu orang pelarian di Palestin dan Syria berbanding hanya beberapa ratus orang sahaja yang boleh menikmati seekor lembu Wagyu tersebut.

“Tidak dinafikan lembu atau daging Wagyu yang berkualiti tinggi ini banyak dipengaruhi oleh saiz, berat, jenis makanan dan cara penternakannya.

”Ia hanya akan menguntungkan si kaya untuk menikmati rasanya sesuai dengan harga yang sangat mahal.

“Andai dibuat sebagai ibadah korban dan diberikan kepada fakir miskin pun, jumlah penerima takkan jadi seramai penerima daging korban lembu gred A bagi kebanyakan orang biasa,” katanya yang juga bertugas di salah sebuah badan bukan kerajaan yang menguruskan pelarian di Palestin dan Syria. 

Tambahnya lagi, sekiranya ramai orang yang mendapat manfaat daripada korban tersebut, maka makin banyak pahala yang diperolehi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat